Alhamdulillah..syukran atas nikmat-Mu ya Allah..alhamdulillah..
Dalam usia menginjak 30 tahun ini, aku dan suami merasa juga beli rumah sendiri. Kasihan ibuku, berpuluh tahun menyewa di KL. Mujur nanti pencen adik aku dah siap belikan rumah di PD. Nanti kita berjauhan lg la kan mak..sob..sob..
Walaupun bukan rumah mewah, tapi aku tetap gembira. Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa berlaku pada aku atau suami, anak-anak kami sudah ada tempat berteduh. Rumah sendiri. Alhamdulillah..
Persiapan untuk menyiapkan rumah itu berjalan lancar. Sebabnya kami membeli rumah milik orang lain - dah siap gril pintu/tingkap semua. Tapi pemilik asalnya tidak pernah masuk menetap pun. Jadi macam rumah baru la. Ramai juga yang ushar rumah tu dulu..tapi memang rezeki kami la :) 5 tahun sabar berdoa agar rumah itu menjadi milik kami, termakbul sudah. Tak jauh, selang 10 rumah saja dari rumah sewa yang sekarang ini. Hehe..sekentut je! ^^
Elektrik, air, cat dalam rumah, pest control, potong rumput, renovate toilet dan baiki bumbung dah settle. Esok nak masukkan airconds, water heater dan astro. Packing mana yang nak dimasukkan ke stor. Disebabkan jaraknya dekat saja, maka berpindah boleh mula dilakukan awal. Sedikit-sedikit angkat barang..
Aku berangan memiliki rumah sendiri dengan langsir dua lapis. Warna kegemaran adalah ungu. Jadi kelmarin kami membeli kain untuk langsir. Aku pilih warna ungu gelap (kain jenis jaquard) dan lapisan dalam (yg menghadap kami di dalam rumah) ialah embroidery sheer. Emb. sheer tu kaler cream ke offwhite gitu, tapi sulaman bunganya berwarna ungu muda. Harap-harap jahitan aku tak menjahanamkan kain tu. Hahaha..nanti bila dah siap, aku upload gambar ye? ^^ ~mode happy ni..
Tapi, otak aku tengah celaru gak ni. Dalam seronok nak pindah ke rumah baru, aku kelam-kabut pulak nak siapkan sebanyak mungkin tempahan cloth diapers dan mending. Kalau boleh tak mahu bawa banyak sangat parcel customer. Kalau hilang nanti..mana nak cekau duit menggantinya? Adui..
Rumah teres setingkat dengan tiga bilik tidur. Satu bilik air. Cukup la untuk keluarga kami yang kecil ini (^__^) ~ senang nak manage pun iyer. Tapi yang paling syok ialah ada tanah lebih kat tepi tu, aku berangan nak bercucuk tanam nanti. Em..bestnya..tak sabar! Hehehe..
Lama tak update kan...rindu kat kalian semua! Ewah!

10 Desserts:
tahniah!
congrats! :-)
Selamat berpindah, Lynn. I'm happy for you. ^_^
Alhamdulillah....pon mengira waktu,bila nak hijrah ni..
duduk rumah sendiri mmg best tapi kena beringat2 bila berbelanja masa masuk rumah, kekadang out of control, semua nak isi hahaha... (lebih kepada peringatan untuk diri sendiri jugak ni)
tahniah sis nak pindah rmh baru.. uhh.. memang lama tunggu entry dari sis.. hehehe..
Wah syoknyerr akak..alhamdulillah..tak sbr lak nak tengok pic rumah akak.. Ehe
Laling...upload pic rumah tau..nak tgk...marsha pun br nak usha umah kat ipoh ni...nt leh la jalan2 umah lyn...=)
bila nak upload gambar rumah barunya ni? :)
tahniah Lynn..mesti sebelum pindah, tiap2 hari lalu dan jenguk rumah baru kan! Mcm rindukan kekasih. Tak dpt jumpa tengok bumbung pun jadila...
Post a Comment