Friday, July 15, 2011

STICKY ENTRY - PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO UMMI CREATES

Salam sejahtera buat teman-teman..

Setelah setahun menjejak kaki di arena 'online business', kini saya ingin memberikan semula apa yang saya telah terima kepada teman-teman sekalian. Terutamanya kepada bekas pelanggan Ummi Creates.

Caranya mudah saja, sila reka satu (atau lebih) logo bersesuaian dengan perniagaan Ummi Creates dan hantarkan file gambar itu kepada ummicreates@gmail.com. Anda bebas menghantar sebanyak mungkin ciptaan, namun hendaklah menggunakan email yang sama supaya saya tidak keliru.

Sedikit hints tentang logo:
-mengandungi perkataan "Ummi Creates"
-jika mahu, boleh selitkan perkataan "handmade"
-mudah difahami
-tema bersih dan tidak lucah/mencarut
-bukan ciplak atau peniruan dari logo sedia ada
-jika terpilih, Ummi Creates berhak ke atasnya 100% dan berkemungkinan besar akan dijadikan logo rasmi
-Ummi Creates berhak meminta peserta utk mengubah komposisi logo sekiranya perlu
-penghasilan logo hendaklah menggunakan apa-apa perisian komputer yg boleh dibuka dari email (dgn mudah) dan JANGAN hantar logo dlm bentuk snap-on picture lukisan tangan.

Hadiah:
-1 Cloth Diaper Onesize AI2 limited edition, 1 extra booster (akan upload gambar minggu hadapan)
-1 set pakej permulaan Kiki Cloth Pad (pantiliner, regular pad, overnight pad)
-1 Cloth Pad wetbag
-1 voucher pembelian bernilai RM20 dari Ummi Creates utk mana-mana pembelian
-5% diskaun selama 6 bulan jika ingin membeli apa-apa produk Ummi Creates, selepas penggunaan voucher di atas.

Tarikh tutup adalah 9 Julai 2011 16 Julai 2011 12.00am. Pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup.

Terima kasih.

5 Desserts:

mila.ibunajihah said...

menarik pertandingan ni.. tapi sy ni jauh sekali dari kreatif org nyer.. so sy cuma nak ucapkan gud luck utk rakan2 lain yang nak mencuba :)
p/s: good job lynn!

Danial Dash dan Eva said...

Tak berapa pandai, tapi ingat nak cuba hehehe...:D

IBU NADIA said...

wahhh best la ada pertandingan ni...
(*_*)...v hmmm nk mencuba nasib la..

IBU NADIA said...

(*_*)...v jom kita acu cuba try test...

Yati said...

Sudah berjumpa ke logo yang best, Lynn? :)