Assalam..dan selamat sejahtera ^^
Nak update blog ni, selamat membaca ye :D
Inilah antara hasil jahitanku ^^
Dah baca tajuk entri? Okay, memang berkaitan lampin kain moden aka modern cloth diaper. Kalau kengkawan nak tahu, di kalangan kami mommies yang pakaikan CD utk anak2nya, ada satu international event tahun ni yang dipanggil THE GREAT CLOTH DAPER CHANGE - bakal berlangsung, dan kami tengah dup-dap-dup-dap menanti ketibaannya. Serentak di seluruh dunia (bagi negara-negara yang mengambil bahagian) pada tarikh tersebut - seramai 30 orang baby yang ber-CD akan disalinkan lampinnya beramai-ramai untuk memecahkan Guinness World Record. Yang menariknya, di Malaysia jatuh pada waktu tengah malam 24 April 2011. Ini memang pelik bin ajaib sebab tak pernah lagi ada aktiviti macam ni dibuat di Malaysia kan? Salin lampin ramai-ramai. Hehehe..
Siang hari pada Sabtu 23 April 2011 itu akan diadakan pelbagai aktiviti menarik berkaitan natural living (cloth diaper, cloth pad, ada booth jualan, mini talk, lucky draw every hour, etc) dan SEMUA ORANG DIJEMPUT HADIR. Anak tak pakai cloth diaper pun takpe, datang je ke sana. Hehe..mana tau boleh keluar TV ke. Ye, event ini bakal mendapat liputan dari media massa (TV, akhbar etc).
Dasat kan? Ini event peringkat antarabangsa. Bukan setakat di Malaysia sahaja. Maklumlah, modern cloth diapering ni bukanlah perkara baru. Sudah 10 tahun kewujudannya. Anda masih tidak tahu? Mungkin banyak lagi yang anda boleh ketahui dengan kehadiran anda di sana (^__^) ~ boleh baca lebih details di Cloth Diaper Malaysia.
Celebrate Earth Day & Support Cloth Diapering by breaking a Guinness (TM) World Record! Happening worldwide, and here in Malaysia!
DATE: 23 April 2011, Saturday
TIME: 10am - 4pm (Sales Booths & Fund Raising event)
10 pm - 1 am (the World Record Breaking event!)
LOCATION: Scriptory Box, Puchong.
Kalau kengkawan nak tahu, terdapat 400 lokasi di pelbagai negara di dunia yang dah confirmed untuk join. Maknanya lebih 10,000 bayi akan disalin lampin mereka kepada lampin kain moden serentak!! ^^
Ummi Creates akan mengadakan booth jualan barangan berkaitan cloth diaper dan cloth pad ~homemade gitu. Tak tau la sempat ke aku nak re-stock banyak-banyak untuk hari tu. Takkan nak datang lenggang-kangkung je kan? Jauh ni dari Gopenghagen ke Puchong. Mungkin juga akan ada mini talk by yours truely ^^ and ada lucky draw untuk menang barangan dari booth Ummi Creates. Insyaallah.. Doakan aku sihat hingga ke akhirnya, ewah!
Rasa berdebar-debar serupa masa nak kawen dulu...hahahaha :D



13 Desserts:
lynn,
lama dah tak singgah sini...
baru je nak berangan nak berCD untuk anak kedua ni... harap2 menjadi lah..
sayangnya event tu mungkin masa tengah pantang... kalau tak, boleh cari CD kat sana, kan?
cayalah! saya mesti pilih :)
marilah sama2 kita semua memerihkan event yg julung2 kali diadakan ini..
saya tak nak komen, saya nak nyanyi...
We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me
Send them your heart
So they'll know that someone cares
And their lives will be stronger and free
As God has shown us by turning stone to bread
So we all must lend a helping hand
salam lynn,
akak sekeluarga masih lagi menunggu miracle di saat-saat akhir supaya dapat menjengukkan diri barang sekejap pun jadilah... hati tengah gunhdah gulana nie sebab setakat nie memang tak de nampak lagi peluang tuk hadir.... huhuhu... sedih...
insya alalh saya pergi..nanti saya jenguk ye booth awak tue
huhuhu...marsha xleh nak hadir....xde sape nak teman. Hubby pun xde time tu...huhu
- cool. macam berminat nak pegi.
- logo ko semat.
see u there!....nnt akak bawak insert yg nak transform jadik CP tu...pass masa event jer yer...
wow...semakin ke depan bisnes Lynn ye..Alhamdulillah, wish i cud come, mesti sronok kan..
teringin plak nak menjenguk, tp tak bawa baby ok tak? nak jenguk Lynn jer kat sana hahaha.
Good luck
yuhuuu.. sy di sabah, boleh teropong jek la dr jauh
Lynn buka booth kat puchong ke? Jauh tu, nak pi.
Post a Comment