Monday, April 11, 2011

APA ITU INSERT SOCK?

Bukan kaki saja yang pakai socks. Insert cloth diaper pun pakai. Hahaha..meh nak tunjuk gambo:








Apa fungsi insert sock?

-Masukkan insert jenis microfibre ke dalam insert sock ni, dan boleh pakai dengan diaper cover. Atau apa-apa badan lampin.


Kenapa tak boleh letak insert microfibre atas badan lampin dan terus pakai ke anak? Maknanya tak payah masuk pocket, sbb saya malas..haha..
-Sebab, serat microfibre ni tersangat 'kuat' kuasa serapannya. Kalau kena direct kulit anak, nnti lembapan semulajadi kulit anak pun diserap sama. Kesannya, kulit anak akan jadi kemerahan (irritate) dan dalam certain cases akan menyebabkan alahan kulit - ruam berbiji, bernanah..kesian anak..

Penyelesaiannya?
-INSERT SOCK LA! ^^ ni bukan promote jual, sbb dah abes pun yang ready stock punya.


Kelebihan insert sock?
-Jika puan beli yang jenis "suede" atau "microfleece", maka anak anda akan rasa stay dry dalam lampinnya. Kedua-dua jenis kain ni memang digunakan untuk lapisan 'inner' cloth diaper supaya boleh buatkan punggung anak terasa kering. "Terasa kering" ye..bukan excessive dryness mcm microfibre buat tu tau. Lagipun, dua-dua kain jenis ni memang stain resistant. Kalau anak berak, senang nak bersihkan :)
-Jika anak puan alah dengan kain sintetik ~kain buatan manusia, (suede, microfleece, fleece, poliester, etc), belilah insert sock dari saya yang dibuat daripada material bamboo dan cotton. Saya buat pilihan ini since ramai juga mothers yang anaknya alah dengan kain sintetik. Lgpun, jika beli insert sock bamboo dari saya, serapan pee akan bertambah. Sebab bamboo memang diketahui menyerap lebih banyak berbanding microfibre. Added absorbency!! ^^

Alhamdulillah, berguna juga insert sock bamboo saya tu. Rasanya saya orang pertama yang buat insert sock jenis organik/natural ni ^^ ~fuh statement berani mati, hahaha! Sapa nak tiru sila bagitau dulu, nanti saya nak mintak komisen :p

Ada faham ka? Kalau tak faham, sila komen or email terus ke ummicreates@gmail.com. Terima kasih..



9 comments:

Mila@Rimbun said...

kalaulah akak ni ditakdirkan ada anak kecik lagi, mmg akak refer blog lynn ni ler utk cloth diaper... banyak betul info.
Lynn kat mana dapat stock bamboo yer?

MarDiah said...

kalau dtg rajin, nak buat jugaklah.. ku dah berjaya tetas cd lunatots tu.. leh beli getah pas nie..

Miela77 said...

Lynn..langkah kanan daku..br jumaat lps cust ty ada jual insert sock tak..ku pun blur2..x mo amik order..nak try la..hahha

Kaklong Nuzula said...

bagus entry lynn ni...

sya said...

faham, faham, cikgu.. hehehe...

wah, kreatif betul lah lynn...
agak2, satu hari nanti boleh lah order.... :D

Kaklong Nuzula said...

bagus entry lynn ni...
stokin insert.. hehe...

alinac lover said...

berita kepada Ahli Alinac Shoppe-
http://www.alinaclover.com/2011/04/khas-kepada-ahli-alinac-shoppe.html

alinac lover said...

berita kepada Ahli Alinac Shoppe-
http://www.alinaclover.com/2011/04/khas-kepada-ahli-alinac-shoppe.html

Anonymous said...

kat mn nak bl insert ni berminatla