Friday, November 12, 2010

HADIAH-HADIAH CONTEST UMMI PAD

Bertungkus-lumus menyiapkan hadiah-hadiah di samping menjahit tempahan sedia ada..mujur la bila menjahit tak boleh kurus (cuma sakit bahu..huhu..). Alhamdulillah dah diposkan oleh suami tersayang semalam. Tapi ada yang tak syoknya. Sepatutnya nak buat pos berdaftar untuk hadiah-hadiah ni semua.  Tapi dah jadi pos biasa. Sebab pejabat pos kata envelop tak boleh ada selotep. Aku selotep hujung-hujung envelop tu dan bahagian alamat. Maklum la..musim hujan. Risau terbasah pulak. Hilang alamat..tak pun terbukak envelop tu. Tak ke naya..

Jadi, kepada penerima-penerima, mungkin parcel anda lambat sampai..maafkan daku :(

Ini adalah pad yang dimenangi oleh Kawther dan Nur Qaseh.
Setiap seorang menerima 2 regular pad, 1 light pad dan 1 pantyliner.


Ini pula adalah pad jenis ada wing yang dimenangi oleh kak Oren a.k.a kak Shuhada. 1 keping regular pad, 1 keping light pad dan 1 keping pantyliner. Kebetulan pula sebelum contest, beliau memang sudah menempah 10 keping pad (5 keping light pad jenis wing dan 5 keping pantyliner jenis contoured). Rezeki..rezeki..

Di bawah ini pula adalah tiga (3) keping fleece cover yang dimenangi oleh kak Oren (lagi), kaklong Nuzula dan encik Khusairi.

Nama pattern: EZdipe
Saiz: Medium
Material: Fleece (100% poliester)
Soaker: Microcotton
Style: Side snapping, comes in various sizes - not Onesize!






Kebetulan pula kesemua anak-anak pemenang memakai saiz medium. Jadi, senang nak potong kainnya. Potong sekali banyak :)

Cerita menarik tentang en. Khusairi bagi aku ialah, dia adalah the only lelaki yang masuk bertanding dan menang contest ni. Aku ingat lagi aku tanya dia ni lelaki ke perempuan masa kat email. Dia kata dia lelaki, isteri dia suruh masuk contest tu sebab dia selalu ada 'ong'. Hahaha..memang betul cakap isteri dia. Moral of the story, kepada all husbands, dengar cakap isteri. Takkan rugi. Hehehe..ayat tak boleh blah..

Kenapa aku kata cuma 'tiga beradik' ni je yang ada kat Malaysia? Sebab mereka dilahirkan pada hari yang sama..atas tujuan yang sama..oleh pencipta yang sama (aku le tu). Muehehehe..lagi pulak ni la first batch EZdipe yang aku jahit pakai kain ni. Kalau ada sesapa lagi yang nak, mungkin lain sikit la dari yang ini. Mungkin ada kombinasi dari fleece yang lain. Mungkin kah? Mungkin..mungkin..

Apa la aku merepek ni..

Semoga setiap hasil jerih-payah aku menjahit sampai pukul 3 pagi ni selamat sampai ke tangan penerimanya. Janganlah hendaknya tercicir kat mana-mana sebab posmen maleh nak hantor kerana dah nak raya haji ni..




2 comments:

kakyong said...

lynn,
ni memang betul2 gigih ni... sampai 3 pagi.. kakyong menjahit sikit pun dah tersa sengah2 bahu.. sakit urat2...

Lynn Nasir said...

kakyong,

kalau dah minat tu..kurang terasa penatnya.

haha..yeke..hmm..