Saturday, November 27, 2010

CONTOH KNIT FABRIC UNTUK FITTED DIAPER

Ini adalah ulangan penerangan berdasarkan entri yang lepas. Dalam bentuk Faq - frequently asked questions. Hopefully lepas ni takde lagi yang hantar sms tanya soalan berjela-jela. Boleh tanya, tapi biarlah appropriate. BY EMAIL. Kat email boleh cerita panjang. Sms tak sesuai la - lenguh nak taip panjang-panjang. Kalau nak telefon lagi bagus. Pastu jangan lupa PERKENALKAN DIRI. Terima kasih kerana memahami :)

Apa itu knit fabric?
Fabric yang macam t-shirt tu. Kebanyakan baju baby adalah dari knit fabric Lampin kain moden juga banyak yang dibuat dari knit fabric. Selalunya memang 100% cotton/kapas, check kat label baju. Kain dia memeri sikit.

Kenapa knit fabric?
Selesa dan lembut. Jika ia 100% cotton (kapas), ia sejuk dan sangat absorbent sebagai lampin.

Apa itu fitted diaper?
Lampin yang dijahit siap-siap dengan lapisan penyerap berlapis-lapis di tengahnya tetapi TIADA waterproof layer. Tiada lapisan kalis air. Jadi, mesti pakaikan diaper cover di luarnya. 


Kenapa fitted diaper?
Lepas basah lencun, salin lampin - pakaikan anak fitted CD yang baru, then diaper cover tadi boleh dipakai semula. Senang. Kecualilah jika diaper cover terkena najis anak - wajib tukar. Berbeza dengan pocket diaper, bila kotor mesti disalin semua sekali (pocket dan insert). Kebaikan kedua fitted ialah ia menyerap lebih banyak basahan berbanding sekeping-dua insert kerana keseluruhan diaper itu adalah kain penyerap. Lebih luas permukaan, lebih serapan. Common sense.

Pattern apa?
EZdipe sahaja. Jika berkenan pattern lain, boleh berbincang. Harga upah jahit tak sama.

Bentuk EZdipe

Onesize?
Bukan, true fit size. Maknanya, lebih accurate berbanding onesize diaper. Ada size newborn, small, medium, large dan extra large.

Apa saiz t-shirt yang diperlukan?
Saiz Medium dan ke atas. Lagi besar dan tebal lagi bagus!

Satu t-shirt dapat berapa lampin fitted?
Satu.

Kain cotton bercorak untuk apa?
Sebagai lapisan bahagian luar supaya lampin nampak fancy dan cantik sesuai dengan kehendak pembeli. Tak mau pun takpe. Tak wajib :)

Satu meter kain cotton bercorak dapat berapa lampin untuk dihias (embellished)?
Bergantung pada saiz lampin. Sekurang-kurangnya empat keping.

Berapa upah menjahit?
RM20 bagi setiap satu lampin. Murah sahaja sebab masih dalam proses promotion. Aku tak untung banyak ye walaupun customer beri kain sendiri. Elastics, KAM snap button, 100% poliester thread, electric, time and energy to cut/measure/stacking pieces, serged, packing and petrol are all included in that RM20. Only RM20 per diaper.

Sampai bila harga promosi tu?
Sehingga akhir tahun 2010 sahaja.

Penghantaran macam mana?
Nak hantar kain padaku, terpulang la nak pakai apa. Pos atau datang rumah. Boleh bincang di email. Tetapi, pengeposan semula adalah bergantung sepenuhnya kepada customer. Nak poslaju? Pos biasa? Pos berdaftar? Janji bagi je aku duit pos tu ^^







Ni contoh t-shirt yang aku recommend untuk buat fitted diaper. T-shirt tu sendiri sudah menarik, jadi tak perlu nak embellished dengan kain cotton bercorak:









3 comments:

MarDiah said...

Lyn, awak borong baju bundle jek lah.. pas tu buat fitted diaper...

Yati said...

Bagus Lynn buat penerangan bentuk FAQ ni. Menjawap banyak persoalan. Sayang pulak tengok baju cantik (brand new lagi) buat fitted diaper. Guna tshirt biasa je la, yang besor punya. Betul juga cakap MarDiah kat atas. Macam crafter yang buat embelishment kat jeans kan, semua dia beli yang bundle punya. Pastu cuci dan jual balik. Mana tau, boleh cut down material cost. Jadi, upah Lynn jahit boleh naik sikit. Hehhe...

Lynn Nasir said...

mardiah & yati,

bukan takmau beli hok bendle tp yg baru ni menawan mataku. kalau takde sapa nak (harap2 takde) daku nk pakai la. hahahaha...dah lama tak beli tshirt tau.. :p