Friday, October 1, 2010

JENIS LAMPIN KAIN aka CLOTH DIAPER

Salam berkenalan semua! Hehe..berkenalan dengan pengenalan tentang cloth diapers.

Bagi menjawab persoalan Mama Sohayl aka Zareen of Its A Beautiful Life;

"Kak..Kak..Kita tak paham..Yang cover2 ni utk yg dah tak pakai cd ke? Eh?"

Jawapan:

Terlebih dahulu, kita refresh dahulu apa itu 'cloth diaper'. Ia adalah lampin kain. Moden atau tidak, ia tetap lampin. Dari kain. Bukan jenis pakaibuang/disposable yang brand Pampers atau Petpet atau Huggies atau apa-apa la yang dijual dalam bungkusan di pasaraya tu. Apa-apa yang dibalut kat 'bawah' anak tu untuk tujuan menyerap kencing dan najis, adalah "LAMPIN". Lebih maklumat tentang makna lampin ada di Wikipedia.

Sekarang ini, ada pelbagai pilihan untuk melampinkan anak. Lampin kain secara khusus ada pelbagai jenis mengikut kesukaan ibubapa dan fungsi yang diperlukan. 

Pocket CD : paling digemari ramai ibu kerana mudah kering. Sistem ini terdiri daripada 'badan lampin/pocket' dan 'insert/soaker'. Brand paling dikenali dan mampu milik adalah Coolababy dan Babyland. Pocket CD ada lapisan kalis air di bahagian paling luar yang kita namakan kain PUL (polyurathane laminate). Lapisan dalam ada kain 'fleece' yang bersifat hidrofobik - kain ini yang menjadikan lampin 'terasa kering', dan penyerap berasingan iaitu insert yang diperbuat daripada kain microfiber/bamboo/hemp/microcotton etc. Pocket CD pertama dicipta ialah Fuzzi Bunz.

All-In-One : atau AIO. Lampin kain jenis ini paling menyerupai lampin pakaibuang. Kesemua lapisan kalis air, lapisan penyerap/soaker dan lapisan 'terasa kering' dijahit sekaligus. Mesra bapa dan penjaga di nurseri sebab tak payah nak masukkan insert ke dalam poket terlebih dahulu macam Pocket CD di atas. AIO sesuai masa berjalan-jalan sebab mudah nak salin. Tak berapa sesuai untuk pemakaian harian kerana ia lambat kering. Lapisan penyerap atau soaker dijahit di lapisan tersembunyi dalam lampin, jadi tak kena direct ke cahaya matahari. Sebab itu lambat kering. Kalau ada 100 keping AIO dalam stash/simpanan, barulah okay untuk kegunaan harian. Rasanya AIO paling murah di Malaysia ni ialah brand Coolababy. 

Fitted : Lampin jenis ni pula sama macam AIO, tetapi tanpa lapisan kalis air. Lampin inilah yang awal sekali tercipta. Sama macam dulu-dulu kita melipat lampin putih sekeping tu, lepas tu dipakaikan seluar getah diluarnya. Fitted tiada waterproof layer yang dijahit sekali. Kelebihan Fitted adalah keseluruhan badan lampin adalah penyerap, dan bukan hanya di bahagian tengah lampin sahaja seperti Pocket CD. Jadi lebih banyak la kencing anak yang boleh diserap. Lampin jenis ini juga lambat kering berbanding Pocket CD. Mesti dipakaikan diaper cover di luarnya.

Cover : Lapisan kalis air yang dipakaikan selepas Fitted CD. Kalau dulu kita panggil seluar getah. Nama glamer la konon. Cumanya sekarang ni material cover tak macam seluar getah dulu-dulu. Mana-mana lampin yang dikatakan tiada waterproof layer, WAJIB ADA cover. Kalau tak, bocor la! Sekarang ni ada macam-macam jenis cover untuk dipilih. Selalunya yang menjadi pilihan adalah cover jenis PUL. Selebihnya ada yang jenis fleece dan wool. Kesemuanya breathable. Ada baby yang alah dengan kain sintetik (PUL atau fleece) so mummy kena beli la cover jenis wool. So, pilihan berdasarkan kemampuan dan fungsi. 

Prefold : adalah lampin sekeping empat segi. Tetapi tak serupa lampin putih tradisional tu. Prefold sudah dijahit siap-siap lapisan penyerap di tengahnya. Istilah yang selalu kita dengar berkaitan prefold ialah "4-8-4" atau "2-4-2". Ia menunjukkan jumlah lapisan yang dijahit pada sisi-tengah-sisi. Istilah lain ialah bleached atau unbleached. Bleached warna putih dan sudah diproses, so lebih lembut dan kurang jumlah prewash. Unbleached warna kekuningan dan belum diproses. Kena prewash banyak kali dan rebus supaya minyak semulajadi hilang. Lebih tahan lasak berbanding bleached.

Banyak lagi yang mahu diterangkan. Akan bersambung di laain ketika okay?

Kesimpulannya, diaper cover (bersama fitted atau prefold) boleh dipakai oleh mana-mana anak kecil yang masih berlampin. Ia hanya another option selain pocket diaper yang kita selalu pakai tu (Zareen masih jual ke lampin kain tu?).

Okay Zareen, panjang lebar dah ni. Harap-harap dapat idea sikit tentang diaper cover tu ek. Hehehe! Jika nak tahu bentuk cover macam mana, browse over mana-mana online stor yang jual CD.



2 comments:

Mama Sohayl said...

Assalammualaikum...
Walahai...malunyaa aii yg ceteks ilmu ni..Nak jawab soklan kat komen, post entry baru eh??Cam balas dendam kat kita je..Ehehehe..

OooOOOoooOOOOooo - Lepas dah bace smua utk kesekian kalinya..

Bukan ape, kita konpius sebab previously Akak kate Auni dah diaper free..Skali ade pakai cover2 ni.. Untuk tido je laa Auni pakai camni eh? - Double OooOOooOOoo -

Makasih kak! =)

CD masih kujual..Kecil-kecilan wat cari duet tambang gi skolah. Ai kan skolah lagi.. ;p

Lynn Nasir said...

zareen,

bukan balas dendam syg,tp mmg sengaja nk buat entri. sementelah ada customer yg order CD jahitanku..dia byk gak kompius pasal diaper cover dan fitted diaper. so, baikku buat entri. senang next time kalo ada yg bertanya. atleast, my entry bukan fully english. kan?

i never said, auni dah diaper free. i said, she is potty training. hehe!