Saturday, October 23, 2010

MENGAPA CLOTH PAD MAHAL?



Dalam diam-diam ramai sebenarnya yang berfikir dan bertanya mengapa cloth pad atau cloth diaper mahal? Sebenarnya jawapan mudah bagi persoalan ini adalah kos pembikinan belakang tabir yang menyebabkannya mahal.

Ada yang berkata, buat cloth pad daripada kain flannel yang harga semeter tak sampai RM10, tapi kenapa sekeping pad berharga RM10?

Jawapan: Anda bukannya membeli kain semeter. Apa yang anda terima adalah sekeping pad jahitan tangan yang hanya ada satu seumpamanya di dunia ini!


Kerja belakang tabir bagi peniaga cloth pad homemade seperti aku ni bermula dengan:
  • kos petrol pergi dan balik shopping kain 
  • kos kain dan bahan penyerap lain
  • kos prewash & prep. setiap helai kain (air, sabun, elektrik mesin basuh, tenaga menyidai, elektrik menggosok kain, tenaga menggosok dan menggunting setiap lapisan kain)
  • kos snap button, benang, jarum, elektrik untuk mesin jahit dan mesin jahit tepi (tenaga menjahit)
  • kos elektrik dan internet pada komputer untuk urusan email, blogging advertising.
  • kos packaging, alat tulis dan tenaga membungkus, kad ucap terima kasih
  • kos hadiah free dengan pembelian
  • kos prepaid handphone
  • petrol pergi dan balik mengepos tempahan.

Sebenarnya banyak lagi kos dan tenaga yang terlibat, mengikut keunikan tempahan. Yang disenaraikan di atas adalah basic cost per set-up setiap tempahan. Sekiranya mesin jahit perlu diservis, itu juga adalah kos sampingan. 

Begitu juga ketika melayan karenah pelanggan yang pertama kali ingin membeli, pelbagai persoalan ATAU kecerewetan perlu dilayan kerana CUSTOMER ALWAYS RIGHT! Ini amat membebankankan peniaga kerana banyak kali terjadi apabila yang bertanya DAN cerewet ini tidak jadi membeli. Pembaziran tenaga elektrik dan masa aku di situ sapa nak tolong bayar? Adakah tenaga aku yang bekerja ini tak perlu digajikan? C'on bebeh..don't you think its unfair to me? Siapa nak meniaga dan RUGI? Cakap!

Haaa...sikalang kamu olang suda paham ka tatak paham? Ini homemade punya barang aa..wa cakap lu, memang cool punya. Sambil wa potong itu kain, wa zikir taw..wa juga doakan pemakainya selamat dari pencemaran bahan kimia yang ada pada pad pakaibuang tu. Lu olang yang sudah beli, manyak untung woo..selamatkan diri, selamatkan donia dan selamatkan juga pocket money daripada kena shopping itu pelekat bawah tiap-tiap bulan.

Hee..sekian! Terima kasih kerana sudi membaca luahan hatiku yang tak besar mana ni..



18 comments:

kakyong said...

biasa lah lynn.. depa ni semua nak murah jer.. aci cuba buat sendiri.. baru tau... ;)

meh join GA blog kakyong
http://www.kakyong.com/2010/10/mini-giveaway-kakyongdotcom.html

mala said...

errr.. paham puan. alah membeli menang memakai.. betul ke ni? yg pasti utk satu jangka masa yg panjang pengguna dpt menjimatkan $$$ & save the environment :-)

Lynn Nasir said...

kakyong,

nak murah tu ok lg, sbb kdg2 kita boleh tolak-ansur bg diskaun.tp yg part perli atau tak puas hati ngan harga yg aii tak tahan ni..

Lynn Nasir said...

k.mala,

hehehe..bukan akak la, org lain kat tanjung tu. hehehe!

biar dlm apa pun yg kita buat, kena rasional buat keputusan. tak gitu? ^^

Mila@Rimbun said...

hihihi Lynn.. ini terjadi to all who sell handmade things.. dulu2 akak jual tudung pon lebih kurang camni jugak lerr.. org persoalkan ngapa tudung mahal.. bandingkan dengan pasar mlm.. for me senang jer, kalau nak murah beli tempat lain lerr..or buat sendiri, takde ler aku tak susah2 nak g cari kain, ptong n jahit lg, byr letrik mahal wooo hahaha.. at last akak decide tak mo teruskan bisness tudung ku itew.. senang buat brg2 sendiri jer. takde nak sakit hati dengan kerenah pelanggan. tp mmg ada pelanggan yg tak kisah, n really appreciate this kind of customer

Melor said...

napa marah2 ni. cepat tua tau. dia org tu memang klu blh dah murah nak lagi murah, klu dpt free lagi bagus.

Kaklong Nuzula said...

Salam lynn. Produk homemade yg dihasilkan oleh WAHM selalunya mmg lebih mahal drp produk yg dihasilkan di kilang.. Di kilang mereka dpt minimumkan kos serendah2nya dgn modal yg besar dan pembelian secara pukal..

Pendek kata, dgn pengeluaran secara besar-besaran di kilang, kos sesuatu benda tu jd kurang la n dpt jual murah. Mmg tak boleh nak banding la produk homemade dgn produk kilang.. huhu.. Itu belum lagi benda yg custom made.

Kalau dekat luar (esp US), mereka sgt hargai produk WAHM (sanggup bayar mahal). Tp dekat negara kita ni org tak brp nak appreciate lg WAHM yg tak keje/ berenti keje semata2 utk cari rezeki dari rumah. Bkn semua la, ada jgk yg support WAHM.

Hmm... Ada tu semua nak murah aje, mintak free postage la, padahal keje besar, tgk alamat pun tahu.. huhu.. Sedangkan kita, inilah mata pencarian kita..

Betul mcm lynn cakap tu, byk kos belakang tabir.. Yg lebih utama masa yg dikorbankan (masa utk diri sendiri n anak2), tenaga dan kos sampingan lain.

Mcm saya, ada jugak kdg2 tu org sms sampai 10x tanya mcm2 (psl cd la), last2 tak beli pun.. Tp itu la, kita cuba layan semua pertanyaan.. huhu..

Panjang plak komen lynn.. dah blh wat 1 entry.. hehe..

mila.ibunajihah said...

love your cloth pad..tiap bulan i'm thanking u tau..pakai,basuh,pakai balik.. barulah rasa bersyukur. sib ada orang2 yg rajin memodenkan cara nenek2 kita dulu berhadapan dgn menstrual

Lynn Nasir said...

k.mila,

tu la, saya pernah terbaca entri akak pasal frust niaga dulu. apa nak buat ye..syukran sbb ada customer yg sgt memahami dan support business WAHM :)

untungnya akak ada kerja tetap, tak bergantung dgn hasil jualan. mcm saya ni lain sikit kesnya.

Lynn Nasir said...

k.melor,

hehe..bukan marah, beri penjelasan style straight forward. bg paham bertepek dlm kepala terus :)

sapa tak mau brg murah ye tak..hmm..

Lynn Nasir said...

nuzula,

sgt betul! diorg mcm nk tindas kita ye mentang2 la kita keje dr rumah aje. sapa kata senang jd WAHM? try la duk kat situasi kita.

Lynn Nasir said...

mila ibunajihah,

thanks to u too dear, antara first customer yg saya sgt appreciate! glad that my pads help u thru the menses :)

UmmuFarhan said...

Salam,

Banyak kerja2 blakang tabir tu memang betul Lynn. Dan semua tu pasti memenatkan. Memang sepatutnya produk yang terhasil dari kerja tangan dibayar mahal. Sebab ianya unik. memang orang takkan tahu kepayahan kita selagi ia belum cuba buat sesuatu itu dengan sendirinya. Contohnya nasi lemak. Bunyi macam senang tapi bila saya cuba meniaga nasi lemak ni, 2 hari je saya buat lepas tu surrender. Huhu letih rupanya nak meniaga ni. Tak sanggup tengok dapur saya kotor. Banyak senarai kerja untuk menghasilkan sebungkus nasi lemak yang dijual dgn harga RM1 je kat kedai tu. Kita tau beli makan je.

Mila@Rimbun said...

Lynn.. jgn putus asa ok.
cadangan akak, bila dah banyak sgt soklan2 yg di ajukan yg Lynn kena jawap personally, Lynn mungkin kena improvised skit ler blog lynn.. contohnya Lynn kumpul semua soklan2 yg general dan buat Q&A page kat blog. senang nnt.. kalau soklan tuh ada kat Q&A, suruh diorg refer kat situ jerr

sueann said...

ye betoi tu kak Lynn, saya pon samer memikirkan mende ini..diorg ni salah tafsir brg henmed musti murah dr kilang..sampai bila2 mentaliti subsidi ni tak mo ilang kekeke..org yg wat henmed jer yg memahami kesooooosaaaaaahannyaaa...suh jer jait sendiri kalo nak murah..tu kompom murahhhh...

Lynn Nasir said...

ummufarhan,

mmg mcm tu la..selama ni kita tau beli-mkn. tak terfikir pun betapa susah-payah peniaga mknn nk sediakan jualan. saya dulu pun dah ada pengalaman berjual mknn hantar ke cafe staff kolej. mmg penat..tgh mengandung pulak tu..dapur b'sepah tak usah kata la :) tp sy 'syukur, sbb ada juga rezeki saya di situ sekejap. alhamdulillah..

Lynn Nasir said...

k.mila,

belum lg, saya belum b'putus asa. yg menyakitkan jiwa tu tak sebanyak yg menggembirakan hati ni :D

masih bertahan krn perniagaan cloth pad ini amat saya minati. out of passion :)

thanks for the Q&A tu, mmg dlm perancangan ni. masih dok dlm draft :) aritu dh buat, tp cuma 2 soalan je yg famous. tu yg maleh nk buat..hehe!

Lynn Nasir said...

sueann,

hahahaha..betul sesgt tu deknon, mentaliti subsidi :DDD