Friday, October 22, 2010

FLEECE DIAPER COVER

Soalan Zareen:

Eiman pun dah melangkah ke alam heavy wetter dah..Memalam tukar CD sekali time pukul 3 pagi, dan sekali lagi sebelum pi babysitter. Benda akak buat ni Auni sekali pakai terus dari malam sampai pagi ye kak? Kalau bleh nk cuba tapi sebenarnya masih tak paham2 jugak istilah2 dia. Maknyanya, CD yg akk beli ni, still kena letak insert bebanyak lapis laa ek utk elak bocor?

Kalau tanak beli insert yg jual, tapi guna towel, potong ikut saiz insert dan anto kedai jahit tepi..pastu memalam masuk tambah kat CD yang sedia ada 2 insert, bleh jugak ke?

Eiman ade selai CD yang jenis ketip dari depan macam yang merah kat atas tu. Tapi bila guna rasa susah nk ketip daripada yang ketip dari tepi mcm bbland, coola & seangkatan dengannya..Akak suka yg ketip depan eh?

Jawapan:

  • Akak tak beli CD ni. Akak jahit sendiri :)
  • Mestilah kena letak insert/soaker/prefold, kalau tak kencing nak diserap ke mana? Hohoho!
  • Letak insert untuk serap kencing, pakaikan diaper cover untuk elak bocor. Faham? Jangan kamu terbalikkan pulak :p
  • Boleh je kamu nak potong tuala apa pun janji yang tebal la ek..
  • Mana-mana diaper/diaper cover yang side snapping ni bertujuan untuk mengelakkan wing droop.
  •  Ye, sekarang ni suka sangat. Hehe! Sebenarnya, ada je fleece pocket (macam Babyland pocket tu) di mana kesemua bahagian lampin tu dibuat dari fleece (tiada PUL). Masukkan insert apapun ke dalam pocket fleece tu, done! Pakai macam CD biasa :)









Penerangan:

Istilah "diaper cover" merujuk kepada apa-apa lapisan kalis air yang digunakan supaya lampin tidak membasahkan/mengotorkan baju anak.


Contoh diaper cover:

  • Seluar getah/plastik brand Pureen, Anakku, Fiffy atau apa-apa la. Yang getah datang dalam bentuk yang mesti diikat di sisi lampin ataupun yang plastik ada butang ketap. Murah dan mudah dibeli di mana-mana supermarket. Tidak breathable, mesti kerap menyalin lampin yang basah untuk elakkan ruam. Berfungsi dengan baik, tidak tahan lama jika tidak cermat menjaganya.
  • Diperbuat daripada kain 100% poliester yang dikenali sebagai 'fleece'. Fleece mempunyai sifat hidrofobik dan water resistant. Sangat baik sebagai diaper cover kerana sangat breathable. Menjadi pilihan alternatif selain wool diaper cover. Teknologi terbaru sudah menghasilkan fleece yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula. Ringan, mudah cuci dan cepat kering, mampu-milik.
  • Diperbuat daripada 100% bulu haiwan, dikenali sebagai wool diaper cover atau wool soaker. Diaper cover jenis dikait ini sangat mahal dan pilihan paling natural/semulajadi berbanding dua jenis di atas tadi (ada baby yang alergik dengan kain sintetik). Breathable dan akan menyerap sedikit lembapan lampin. Jadi, ia tidak seringan fleece cover. Lambat kering, ada penjagaan khas (kena linolize), ada anti-bakteria semulajadi, tidak perlu kerap dicuci, dan tahan lama.

Mengapa fleece diaper cover?

Jawapan saya kerana ia sangat menjalankan fungsinya sebagai diaper cover. Ringan dan mudah kering (kerana sifatnya yang water resistant). Sangat lembut dan tidak meninggalkan kesan kemerahan pada kawasan bergetah sebagaimana PUL pocket Babyland.


Cara saya memakaikan pada anak ialah:

-CARA 1: Letakkan lampin prefold yang sudah dilipat tiga dan diletakkan pula insert hemp di atas sekali (touching skin). Insert hemp berfungsi sebagai booster kerana lampin malam ini akan dipakai dari pukul 11 malam hinggalah anak bangun pagi esoknya (biasanya pukul 7 pagi saya salinkan, dan belum bocor!).

-CARA 2: Letakkan 2 lapis insert microfiber dan atas sekali hemp insert (touching skin).

-CARA 3: Letakkan soaker Grobaby bersama boosternya di bawah hemp insert. Atau terbalik. Kedua-duanya selamat menyentuh kulit baby (soaker Grobaby dibuat dari cotton).

-CARA 4: Letakkan 3 lapis insert/soaker buatan saya sendiri dari tuala tebal yang dihantar jahit tepi di kedai :) ~ tak tipu, memang saya ada byk soaker jenis ni ^^

-CARA 5: Letakkan prefold yang dah dilipat 3 di atas satu insert microfiber (prefold touching skin).




9 comments:

Kaklong Nuzula said...

Salam lynn. Diaper cover yg jual dekat supermarket bezanya dgn diaper covel PUL, yg PUL breathable.. Tu je la kan. Sbb tu PUL mahal.. huhu..

Btw, thanx for the info. Cantik betul la fleece merah yg tergantung tu.. huhu.. Tp actually sy tak dpt imagine lg how come fleece ni jd waterproofed? Sama jugak dgn wool.. Maybe sbb berlapis2 kot kan..

Oh ya, ada 1 blog tu yg jual cd homemade dr fleece, ritdz collection ke gitu la. Mesti lynn pun tahu. Rasanya Dila ada beli.

Kaklong Nuzula said...

Oh ya lynn, kalau ikutkan pocket diaper pun termasuk dlm diaper cover kan?

p/s: Lynn mmg inovatif dan kreatif la.. Cayalahh!!

Lynn Nasir said...

Nuzula,

fleece dan wool laaaagi breathable berbanding PUL. tak pernah lg auni or muaz berpeluh bila pakai fleece cover tu :)

kalau nak imagine, mmg sampai ke sudah la tak paham..hehe! mcm saya la, dah belajar jahit fleece diaper since tahun lepas (masa mula2 tahu pasal CD, dekat 2 tahun dah). tp baru sekarang berani nk cuba. dan sgt berpuas hati! try la nuzula, mmg terkejut nnti :D

pocket diaper bukan diaper cover. dia jenis AIO yg dipisahkan soakernya.

tima kasih..hehe!

kaklong nuzula said...

Itu la ada terbaca (bukan sekali) yg pocket diaper juga termasuk dlm diaper cover. Nanti sy cek balik :)

p/s: Mmg byk benda tak blh nak imagine je kan, kena dptkan benda tu n try sendiri baru tahu... hehe..

Lynn Nasir said...

ala..sukati la nk panggil apa pun, cumanya yg pasti construction diaper cover dan diaper itu sendiri mmg tak sama. sapa2 yg samakan tu graduate kat harvard. muahahaha!

Mama Sohayl said...

Ehem..ehem...

Assalammualaikum..

Banyak kali gak dok refresh page akak Jumaat lepas, tengok2 takde plak balasan ngomen ku. Dalam hati, hmm..mesti Kak Lynn tgh bz menjait ni..

Sekali (Eh, dah dua kali!) rupa2nya ada entry khas lagi untuk saye..Wee...!!Hahaha

Kak Lynn, tqvm..Betul, Zareen sokong Kak Long Nuzula di atas. Tak bleh nk imagine unless kita dapatkan sendiri benda tu..Hehe..

Banyak sungguh terms yg kita blaja kat blog akak ni. Akak dah 2 tahun, kita yg baru setahun jagung ni banyak yg taktau lagi ni kak. Thanks again.. =)



p/s: Ohh..akak pun pakai towel tebal potong kecik2 anta jait tepi rupanya. Jimat betul camni kan? Satu towel dah bleh dapat berbelas insert agaknya.. =)

Lynn Nasir said...

zareen,

mula2 tu nk jwp kat komen je. tp takut ringkas sgt dan tak difahami. so uat entri la.org lain buleh baca gak kan? note for myself gak :)

bykkan membaca..jgn ingat senang sgt ilmu diapers ni. kalau tak paham dan tak mahir, end up salahkan lampin pulak yg tak bagus. kan? hehe!

Kaklong Nuzula said...

Mama Sohayl, ilmu lampin anak ni pun menarik tau? hehe.. happy CD-ing!

yuzlin yunos said...

bila baca entry Lynn ni rase cam ble graduate la pasal CD ni hehehe.. very informative.. tahniah n TQs!! x penah try la CD cover fleece ni teringin rase nk buat. ade buat pakaiflannel tapi need waterproof.. jahit nye pun bukan senang.. yg fleece cm gebusss! cam best.. nk kn try ni..