Thursday, September 30, 2010

THIRSTIES DUO WRAPS

Selain daripada Starbunz diaper cover, Auni ada Thirsties Duo Wraps. Size 2, kaler putih. Skema kan? Sebab takde lagi diaper kaler putih dalam stash. Kedua-dua diaper cover ni aku pakaikan dengan 1 prefold dilipat tiga atau 3 lapis insert (1 hemp, 2 microfiber).

Aku beli online di Tiny Tapir (again!) bulan lepas. Dah pakai beberapa kali. Di sebalik review yang bagus dari pembacaan, tapi bagi aku..taklah best sangat pun. Aku pakaikan Auni cover ni untuk tidur. Walaupun dah potty train, tapi sebagai langkah berjaga-jaga :)

Start pakai untuk tidur : 12am
Habis lencun: Sekitar jam 6am

Thirsties Duo Wrap: Biasanya Auni tak kencing masa tidur. Esok pagi baru kencing dalam pukul 5-6am. Tapi once dah kencing tu, memang kena terus tukar la soakernya. Kalau tak, terperah sikit pun dah boleh mengalir keluar ikut belakang pinggang. Walaupun bahagian pinggang ada elastik di depan dan belakang, tapi pelik jugak aku macam mana kencing boleh escape ikut tu. Jika kencing tak mengalir keluar ikut pinggang pun, still boleh menyerap keluar ikut lubang butang sizing dan belakang cover. Aku tak tau la kalau ada manufacturer default ke apa tapi untuk investment sebanyak RM53 hanya untuk cover (sekeping PUL), kebocoran adalah aneh! Ia sepatutnya membendung kebocoran, thus the name "cover". Ada sedikit rasa frust di sini. Kebaikannya, cover ni trim. Sebab dibuat dari sekeping PUL dan snap buttons aje. Keliling plak di-binding guna strip of PUL jugak (wah..senang ni, boleh try buat!). Note: Kebanyakan cover ada foldover (FOE) elastic untuk bind keliling PUL cover tu. Cover ni jugak ringan dan mudah kering. Ada leg gusset, so boleh contain leaking pee atau  poo yang cair.

Biasanya, dengan cover ni aku pakai prefold yang dilipat 3 dan letak booster Grobaby kat atas.

Inilah leg gusset.

Bayangkan Babyland pocket CD without the microfleece. Nampak semua snap buttonnya kan? Haa..macam tu la Thirsties cover ni. Oh ye, it is onesize (actually 2 sizes range, sebab tu namanya DUO WRAPS). Sila baca kat Tiny Tapir. Lagi satu yang aku tak suka ngan cover ni sebab butang kat wings tu sederet. Dua pasang setiap wing, sebelah-menyebelah. Bila di-snap on, jadi tak kemas la. Berlipat/bergulung wing tu. Nanti aku snap bagi clear. Tunggu le..

Starbunz cover: Sama macam Thirsties waktu start pakainya, pukul 12am. Tapi aku boleh rilek je biarkan sampai pukul berapa pun, gerenti tiada kencing yang escape thru mana-mana ruang. Masa mula-mula beli dulu sayang nak pakai, sebab mahal dan cantik. Tapi lama-lama baru sedar yang cover ni memang hardcore la! Insiden pertama masa tidur pengsan, hihihi..dari pukul 12am sampai pukul 10 pagi. Pelik tapi benar, memang tak bocor. Kalau tengokkan insert/soaker dalam cover tu memang dah habis lencun. Sekarang ni memang pakai ni tiap2 malam. Muaz pun sama. Cuma yang tak bestnya cover jenis ni dibuat dengan individual sizes, dan bukan onesize. Jadi dari anak newborn/infant ke toddler kena ada beberapa cover (S, M, L). Dan pembuatnya buat cover ni kecil sedikit dari kebanyakan diaper/diaper cover. Maknanya, kalu anak pakai saiz small sila order cover saiz medium. And so on. Paham? Lagi satu, cover ni bulky. Sebab ada telinga, muncung, idung bagai..hehe! Cover ni ada fleece kat luar di samping selapis polyester kat dalam. Fleece kan tebal, so itu dapat dijangkakan. Takde leg gusset, tapi selama Muaz pakai (poo dia cair sikit), tak pernah leaking pun. Auni yang kencing banyak (toddler's bladder kan beso) pun tak pernah bocor. Butang snap kat cover ni pulak diletak atas dan bawah wing, sepasang setiap wing. Jadi kemas masa di-snapped on.

Walaupun ada sedikit frust dengan Thirsties cover..tapi aku takkan berputus asa dengannya. Sangat berguna masa musim tengkujuh nanti. Hehe! As for Starbunz cover, i lap you la bebeh! ^^


***** Thirsties Duo Wraps *****


***** Starbunz Cover *****


Dulu Auni pakai cover brand Pureen je. 
Tak pernah leaking,snug fit gak. 
Nak pi cari la..hehe! Terlupa pulak ada cover ni ^^


UPDATES, 8/10/10:

Ni la rupanya part snap button pada Thirsties cover yang aii tak berapa gemorrr..



 Maaflah, gambar tak terang sangat. Sebab snapped masa Auni tidur. 
Dalam gelap..hehe!




11 comments:

sya said...

tengah berkira2 juga nanti second baby nak bagi cloth diaper atau tak.... huhu..

Danial Dash dan Eva said...

hehe...tapi dah susah nak cari starbunz kan sekarang?

Eva pun guna pureen cover, okay juga , murah dah senang pakai, tak ada leakinng , harga dalam RM8 saja (hoho mama sudah kedekut)

anyway, i baru order satu Bamboolite fleece cover, macma kiut miut dan best aje...

Lynn Nasir said...

sya,

selamat ber-CD ek sya, mmg menjimatkan. saya yakin! hehe..

Lynn Nasir said...

sis zufina,

ha'ah kot, even kat tiny tapir pun tinggal saiz M dan S. kat diaperasia takde yg nk letgo ke? heheh!

bamboolite? kiutnya! tak mahal sgt kan..alahai u ni..buat aii tergoda je..hahaha!

Lady of Leisure said...

starbunz cover tu sangat comel hehe ada telinga gitu..
:D

Mama Sohayl said...

Kak..Kak..Kita tak paham..Yang cover2 ni utk yg dah tak pakai cd ke? Eh?

Kaklong Nuzula said...

Lynn.. terima kasih atas review ni.. Sy la aritu yg beriya suh lynn tangkap gambar n letak.. hehe..

Aritu dah tgk entry ni tp tak sempat nak komen.. Cover mcm zaman dulu2 ok jer kan, cuma plastik bukan PUL.. so tak breathable.. tu jer la..

p/s: Lynn, sorry tak sempat masuk contest bersama si manja tu.. Ingatkan ari ni last.. huhu.. Nnti lynn email saya ek alamat lynn.. Biar sy dulu send dekat lynn :)

Lynn Nasir said...

zareen,

silalah menjamu mata dgn entry khas utkmu :p

Lynn Nasir said...

kaklong nuzula,

sama-sama..no big deal :)
bolehlah beli 1 utk auliya yek? hihi!

takpe, contest tu suh kita tag org. tak wajib pun org yg kena tag tu buat :)

alaaa..rileks le dulu, kita sama2 la pos brg nnti :D

yuzlin said...

best la Lynn nye review.. I LIKE!! daku enlighten sudah pasal cover ni, kire dah katam ni.. heheh.. kn wat sendiri ni.. ku tgh cr FOE...

Lynn Nasir said...

Yuzlin,

terima kasih..review dari personal experience saja :)

foe sy baru je sampai semalam dari US. tak sabar nak curi masa menjahit utk anak2 sendiri.. :(