Tuesday, September 21, 2010

LAMPIN KAIN MODEN - PENJIMATAN?

Ini adalah entri berkaitan lampin kain moden atau modern cloth diaper (CD).

Sejak September 2009 yang lepas, kiranya dah masuk setahun la aku pakaikan lampin kain kat anak-anak. Alhamdulillah, dah lamaaaaaa 'balik modal'. Bayangkan la pelaburan beratus ringgit tu, import Babyland dari China lagi..nampak macam banyak kan? Kalau la aku pakaikan sposies kat Auni dan Muaz, tentu sampai sekarang ni pun masih tercongak-congak budget untuk lampin. Bungkusan lampin aje dah penuh satu troli shopping! 

Kos disposable diapers:
Sebungkus lampin pakaibuang berharga RM30 
Untuk 2 anak = RM60. 
Sebulan kena beli 3 bungkus sorang - sebab anak-anak aku heavy wetter. 
So, 6 bungkus x RM30 = RM180
RM180 x 12 bulan (untuk tahun pertama kelahiran) = RM2160
Kalau pakai lampin selama 3 tahun, untuk 2 orang anak = RM180 x 36 bulan = RM6480

Kos cloth diapers pulak:
20 Babyland + 1 Experience Grobaby Package + 2 Starbunz covers + 1 Thirsties Duo Wrap + 2 Minky CD + 30 RRP with covers and soakers + 6 hemp inserts + 6 premium prefold +lampin putih tradisional + postage costs = +- RM2000.
Kos pakai untuk 1 anak = RM2000/2 = RM1000
RM1000/36 bulan = RM27 sebulan untuk 1 anak selama 3 tahun.

Kos ini adalah anggaran, dan ternyata memang ada logiknya. Bandingkan nombor berwarna kuning dan hijau di atas. Satu nilainya makin bertambah dan satu lagi makin berkurangan. Untuk disposable diapers, pembelian akan terus berlaku. Makin bertambah anak, makin banyak pula duit yang wajib dikeluarkan untuk membeli lampin. Jika nak berjimat, ibubapa mesti terfikirkan idea sebegini "untuk baby baru nanti, pakaikan aje baju kakak dan abang yang masih elok". Okay, konsep inilah yang digunakan oleh ibubapa yang 'cloth diapering' anak-anak mereka. Lampin kain itu boleh diulangpakai selagi masih elok, dan diturunkan kepada anak-anak seterusnya. Silap-silap, untuk anak ketiga nanti, kos melampinkan dia ialah RM0!!! Free! ^^

Disebabkan istiqomah memakaikan lampin kain dengan niat nak berjimat, maka memang bertahan la aku sampai sekarang ni. Orang kata geli cuci lampin taik anak..abis tu diorang tak geli pun cuci taik sendiri kan? Tak pernah dengar SABUN ke? Negative thinkers juga akan mengatakan, walaupun lampin kain murah in long term tapi kos air dan sabun untuk membasuh akan bertambah. Alahai cik kak dan cik abang oii..setakat bertambah singgit dua sebulan tu apa ada hal?

Fikir-fikirkan..



9 comments:

nizamsani said...

bagus tu berjimat.

diLa said...

sy sokong!! idop lynn!!

mila.ibunajihah said...

lynn,tajuk ngan isi cam tak rhyme je..hehe..saja usik.

nway, lama tak baca entry lynn pasai CD ni =) totally agree with u babe, pakai CD is far more jimat.

Mila@Rimbun said...

kalau hantar anak kat nursery.. diorg terima tak guna CD eks.. just terfikir jer... sbb takde anak kecik, so tak tau.

iqbalsyarie said...

hahaha..ok..nanti da ada anak,saya borong kain lampin!hehehe


kak,sory lmbat wish...selamat hari raya maaf zahir batin :)

Lynn Nasir said...

nizam,

berjimat memang bagus utk poket semua org :D

Lynn Nasir said...

dila,

hehe..mcm YB Lynn Nasir tak? kuikuikui ^^

Lynn Nasir said...

Mila,

hahaha..mmg tak rhyme pon :) sebenarnya nak buat entry pasal cuci lampin. pastu bertukar plak isi entry..tapi terlupa nk tukar tajuk. hahaha..ada gak yg perasan :p

Lynn Nasir said...

k.mila,

ada sesetengah nursery yg terima. CD tu takyah dicuci. just bungkus,kasi balik kat mak budak.

tp ada gak sesetgh nursery yg tak terima. merana la anak2 yg alah dgn sposies..