Thursday, June 3, 2010

INSERT CLOTH DIAPER

Sudah lama tak buat entry pasal cloth diaper (CD). Hari ni nak cerita pasal 'thinking out of the box' tentang penggunaan insert. Kita selalunya akan ikut peraturan. Insert microfiber la..bamboo la..hemp la..mesti yang gitu-gitu (sambil buat tangan macam Apek) aje. Jika insert tak kering lagi tapi perlu nak pakai ke anak macam mana? Takkan la pakaikan yang lembab..kesian montot anak.

Lebih setahun berlampin kain (anak le yang pakai), aku dah try macam-macam cara. Antaranya seperti di bawah ini:


PERTAMA: Untuk lebih serapan, gabungkan sekeping insert microfiber dengan lampin putih biasa untuk dipakai bersama pocket CD. Jika tiada microfiber dan hanya menggunakan sehelai lampin putih, sekejap je dah lencun CD ni nanti. Gabungan microfiber + lampin putih ni boleh tahan hingga 2 jam.



KEDUA: Gabungan soaker Grobaby dengan microfiber insert dan dimasukkan ke dalam pocket CD. Aku suka yang macam ni, sangat sesuai untuk tidur malam.



 KETIGA: Gabungan yang sama seperti yang PERTAMA, tapi digunakan bersama shell CD Grobaby. Lampin putih di bahagian atas untuk mengelakkan kulit anak terkena microfiber. Sekurang-kurangnya tahan 2-3 jam.



KEEMPAT: Yang ni mungkin pelik sedikit. Tapi, memang boleh dilakukan. Menggunakan dua helai kitchen towel, lipat tiga bahagian setiap satunya, dan masukkan dalam pocket CD. Boleh laa..pakai masa kecemasan, hehe! Sila pakai yang khas untuk CD (jangan pulak kidnap yang kat dapur tu ^^)



KELIMA: My favorite! Dua lapis tuala microfiber yang dibeli di Tesco. Material sama macam insert ready-made, tapi sebab yang ni tidak dijahit sebegitu rupa..maka ia senang kering. (Dua gambar pertama tu tidak macam purple, tapi warnanya macam gambar ketiga tu).


Aku ada banyak pilihan untuk insert CD anak-anakku. Bagaimana kengkawan sekalian (yang menggunakan CD untuk anak-anak la ye)? Cara KEEMPAT dan KELIMA tu sangat menjimatkan. Boleh la dicuba (kalau sudi..).






7 comments:

rimbun said...

I wish I can try this to my child... but she's too old to try on this kekkee... really hoping for the next..

Lynn Nasir said...

rimbun: hehe, sabo je la..anak dara awk dh kena standby beli cloth pad agaknye, heheh!

Mila_ibu najihah said...

Lynnn..you are brilliant!! thank you..thank you so much dear!

kaklong nuzula said...

Very inovatip n kreatip la puan lynn.. Blh diapply jugak ni.. hehe..

Lynn Nasir said...

Mila: hehe..tima kasihhh..sharing is caring (mcm u kata la) kan? :D


Nuzula: hehe..tima kasih..ala, puan jual CD mesti lg terel :D

rimbun said...

u r rite.. kena standby beli cloth pad hahahahha... takan nak lipat kain batik plak kan (tu zaman saya mula2 period dulu hehehe)

NORAZLINA YAAKOP said...

Lynn, Tau tak kat mana nak beli microfiber fabrik?