Friday, May 7, 2010

MEJA MAKAN a.k.a MEJA MENJAHIT

Alkisah tentang tempat menjahitku..







1. Mesin jahit elektrik dengan pedal kaki berharga kurang RM300 itu dibeli di Tesco, berjenama Beaustar. Mesin jahit separa plastik agaknya, sbb agak berat kalau nak angkatnya. Masa beli aritu dpt la seam reaper, beberapa foots, minyak melincir, pelatan mcm screw driver etc dan jugak mentol lampu spare.

2. Tempat menjahit ialah di dapur. Bahagian dining. Meja menjahit ialah dining table. Haha..sila gelakkan aku ^^ ..Bukan takmau ada tempat khas menjahit, tapi dah takde bilik yg vacant. Lagipun kami anak-beranak makan duduk bersila depan tv. Kalau pakai meja/kerusi..alamatnya gaduh ngan anak2 je aa. Asik nak panjat meja je kejenya.

3. Aku ada banyak kain yg nak dijahit. Macam-macam projek, utk anak2 la kebanyakannya. Nak tajamkan skil menjahit gitu. Baru-baru ni siapkan berpuluh-puluh menstrual pad. Memang bersepah meja menjahit tu. Semalam siapkan batch terakhir dan terus hantar ke kedai jahit tepi (aritu rosak mesin diorg). Hari ni insyaallah nak amik dari kedai, then snap pictures. Bila dah siap akan publish di blog aku yg khas utk menjual handmade stuffs yg aku jahit sendiri.

4. Antara barang yg aku nak jahit dan jual ialah cloth pad, fitted cloth diapers, cloth wipes, cover utk peralatan elektrik (sarung mikrowave/oven, sarung toaster, sarung blender, penutup peti ais etc. , dress atau skirt untuk kanak-kanak, dan maybe juga baju kurung). Insyaallah..ni lah perancangan aku. Entah, tengoklah masa banyak mana yg mengizinkan..

5. Suami aii kata, kalau bisnes maju, leh la dia belikan mesin jahit tepi. Hohoho..aku rasa aku nak kumpul modal sendiri la. Kesian dia, baik dia kumpul duit bayar utang kad kredit

6. Aku sangat suka menjahit. Berbanding baking (my second hobby), kain tak basi. Keskeskes!

7. Skang ni aku suka jahit cloth pad. Comel je..dan cloth pad aku sangat sesuai utk wanita yg aktif, sbb buatannya yg tebal di bahagian tengah. Kombinasi cotton flannel, towelling dan fleece adalah pilihan terbaik yg aku dah survey setakat ni. Buat masa skang hanya menjahit yg takde wings. Simple. Letak kat panty dan pakai. Kalau nanti ada permintaan nak customize dengan wings, terpaksalah revise harga semula.

8. Meja makan aku besar dan tinggi. Sesuai untuk multi-functions. Itulah meja menghidang makanan, memotong/menjahit kain, study pattern baju atau baca majalah dan apa-apa yg berkaitan dengan "kena buat kat meja beso ni supaya anak-anak tak kacau".


Sekian, terima kasih kerana membaca ^^


11 comments:

Marsha said...

cpt upload dear..xsabar nak tgk..hehe

Danial Dash dan Eva said...

teruskan puan lynn!!
i suka cloth pads tu
nanti kalau dah siap bubuh kat website ya, pasti saya order :D

P/S ingat nak beli mesin jahit gak, tapi tak tahu brand yang bagus..untuk jahit mende simpel simple aje, ada cadangan?

Lady of Leisure said...

kinda agree with u... kain tak basi kan hehehe...

iqbalsyarie said...

tangan yg menjahit akan menggoncangkan dunia.cayalah kak!!hehe

Zaidah said...

menunggu hasil tangan lynn sendiri...

qaseh mas said...

salam sis Lynn
wah bestnya hobi ni..
betul,kain tak basi.

UmmuFarhan said...

Subhanallah..bestnye orang yg ada bakat menjahit..macam2 boleh buat..good luck Lynn!

Lynn Nasir said...

assalamualaikum semua,

marsha: wokeh! malam ni gak, heheh..poyo je aku ni :p


DD&E: jika mau yg sy dah publish aritu, sila order thru email. nak yg pattern mana, saiz apa, tebal mana, kaler apa.


Lady: hoho..kain tak basi..


iqbal: itu baru bikin punya ka? ^^


zaidah: doakan ye :)


qaseh mas: hehe...sorg lagi penyokong "kain tak basi" ^^


ummufarhan: masih di tahap beginner, jahit utk suka-suki je :)

DeLLa said...

hi lynn..thanks fir dropping by to my blog...nice bloh la..i follow key

Mila_ibu najihah said...

can't wait to see the outcome :)

Lynn Nasir said...

Della: u r welcome, come see me again okeh? :D


Mila: jgn lupa wat review :) thanks for ordering!