Ini antara lauk-pauk yg aku boleh makan ketika berpantang lepas bersalin:
BOLEH DISEDIAKAN AWAL & DALAM KUANTITI BANYAK
IKAN BILIS SANGAN
Beli yg sudah siap dikupas, basuh bersih-bersih dan tos.
Sangan/goreng dalam kuali tanpa minyak ~ sampai garing.
Mesti kacau selalu supaya sekata masaknya.
Sejukkan sebentar, simpan dalam bekas kedap udara.
p/s: Biasanya aku buat banyak2.
LADA HITAM SANGAN
Lada hitam biji dibasuh bersih-bersih dan tos kering.
Sangan dalam kuali sampai naik bau dan kering/garing.
Sejukkan sebentar, simpan dalam bekas kedap udara.
p/s: Terpulanglah nak makan sebiji-sebiji atau nak kisar kasar.
KEREPEK HALIA
Cari halia yg muda, basuh bersih, hiris nipis.
Sangan atau bakar atau goreng deep-fry (kena tos betul2).
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
LAUK-PAUK HARIAN
AYAM KAMPUNG MASAK KUNYIT
Untuk 1/2 ekor ayam, rencahnya: Tumbuk/kisar bersama 3 inci halia, 1 inci kunyit & 3 ulas bwg putih.
Dalam kuali, didihkan air, rencah, sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan ayam. Tutup kuali & rebus sampai daging empuk dan kuah pekat. Tambah air jika perlu.
Ni versi hari ini, hiris dan tabur semuanya atas ayam baru didihkan atas api. Rasa sama je (^o^)//
SUP AYAM KAMPUNG
Untuk 1/2 ekor ayam, rencahnya: Tumbuk/kisar bersama 3 inci halia, 1 biji bwg besar & 3 ulas bwg putih.
Dalam periuk, didihkan air, rencah, sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan ayam. Setelah 1/2 jam, masukkan potongan lobak merah dan kentang.
Masak sampai empuk.
IKAN CENCARU BAKAR
Untuk 1 ekor ikan yg besar, rencahnya: Tumbuk bersama 1 biji bwg besar, 3 biji bwg putih, 2 inci halia, 1/2 inci kunyit, sedikit lada hitam & garam.
Rencah disapu rata dan sumbat selebihnya ke bahagian perut ikan.
Bungkus dgn daun pisang/aluminium foil, bakar atas bara/oven/kuali.
ULAM
Daun pegaga & halia muda.
Sayuran mentah mesti dibasuh bersih-bersih dan direndam dgn air garam sebentar untuk matikan cacing/kuman/bahan kimia.
Jika boleh, jangan terlalu kerap makan ulam mentah sebab dikhuatiri ada jangkitan pada luka dalaman (jika tak sempurna membasuhnya).
p/s: Aku tak makan ikan haruan :p
SAYURAN
Lobak merah, lobak putih, kentang, sawi, bayam dan daun sup.
SNACKING
Air horlick panas dan roti wholemeal/biskut cream cracker.
Air milo panas dan kuih yg takde telur dalamnya.
Susu dan oat segera.
Kurma & kismis.
LAIN-LAIN
Selepas 3 minggu bersalin, aku minum air ibu kunyit hidup ~ mak kata elok untuk rapatkan apa yg dah longgar :)
Caranya:1 ibu kunyit sebesar ibu jari tangan (buang yg tunas kecik2 tu), kupas dan tumbuk halus.
Bancuh dgn 1/2 cawan air panas.
Biarkan seketika hingga getah kunyit mendak ke dasar cawan dan air jadi suam.
Selawat 3 kali, minum sekali nafas.
Diamalkan 3 kali minum, selang beberapa hari.
p/s: JANGAN MINUM GETAH KUNYIT ITU!!
19 comments:
Bagusnyer petua2 nie..
ada yg penah diamalkan dulu.. yg x der cuma ayam kampung, ibu kunyit, ngan kerepek halia.. kuih2 sy x makan pon.. biskut kering jer.. uwaaaa..
ena,
sebenarnya kalau berpantang sangat2 pun bukannya elok. tak seimbang zat. dah la nk kena nyusukan anak..kan? baik mkn serderhana dan seimbang..
kalo mak saya dgr ni, abes la saya..
petua yg bagus ni puan..boleh la sarah try 5-6 tahun dr skrang nnt..hehehe..thanx 4 sharing
lynn
sapa masakkan untuk lynn masa dalam pantang?
mak ke?
atau ada bibi?
sarah,
kekeke! planning baekkk punya :p (nape 5-6 tahun? bukan 1-2 tahun lg ke? keskeskes)
cikgu,
masa b'salin auni, mertua dan mak. kali kedua b'salin, kena dok spital jaga muaz. so mkn ikan bilis je la (ngan lauk spital). bila blk umah, pakai sarung tgn getah, msk sendiri..mana mampu nk b'bibik :)
salam lyn..dh kuar resepi ni ader plan nak tambah ahli kluarga ker?bagus2...pantang 2 tahun lps ksari dah siap2 print senarai2 resepi dlm pantang n bagi tugasan tu kat hasben...not bad ler air tgnnya..heheh
salam perkenalan. tak lama lagi melor juga akan berpantang jadi resepi lynn bagi ni amat berguna utk melor. nanti melor nak cuba la.
salam kenal..thanx drop by kat blog sy
wow..byknye ilmu leh kutip kt sini..
nnti sy jengah lagi..ari ni ade keje nak buat..see ya...:-)
k.sari,
hehe..taklah. insyaallah blom lg..kena tunggu 5 tahun lg la kot (doktor/nurse kata). tp kalau dpt cpat dr tu pun ok je..hehe!
saje letak resepi ni kebetulan smlm masak ayam kampung style b'pantang. anak2 pun suka..
masa muaz lahir aritu pun suami masakkan (lynn bg list gak) anto ke hospital.
melor,
salam kenal juga. try la ye..tgk mana yg berkenan..biasa2 saje..hehe!
rose,
salam kenal..tima kasih kunjung balas :)
petua pantang utk org jantan bersunat ada?
JA,
sama je la kot, takleh mkn bende gatal, angin, minyak/santan, sejuk..takleh minum air byk2 sekali hadap..
ok la bagi yang normal..tp yg ceaser huh pantangnye lama jugak..nie dh 4bln still lg pantang mkn seafood..kalu tak aduss..gatalnye tuhan saja yg taw..rasa nk korek2 je tang jahit tue..uhuk3
best bg yg normal pantang mkn cume 44ari je..tp yg ceaser adoii tataw la sampai bilo nk kena jaga mkn uhuk3
pn.ctchinon,
bersabarlah ye..badan nak pakai lama :)
inilah post lynn yg sy carik2...panduan dari ibu ke ibu..tima kasih ye sbb share :)jap lg kena pantang sengsorang, byk prep kena wat
thanks for sharing :)
Post a Comment