Monday, March 1, 2010

KENAPA INSERT HEMP KERAS?

Tidak lama dahulu aku ada beli enam keping insert jenis "hemp" di sini. Hemp dikatakan mempunyai daya serapan lebih baik berbanding microfiber, selepas bamboo. Namun, sedikit yang tak best tentang hemp ialah lambat kering. Jika menjemur microfiber di tengah panas terik dari pagi hingga petang, tentu kering. Begitu juga jika hari hujan, letak saja microfiber berhampiran kipas angin, dalam 2-3 jam kering la. Tidak bagi hemp. Berpanas hingga ke petang belum tentu kering sepenuhnya. Biasanya aku akan sambung mengeringkan hemp di bawah kipas selama lebih kurang 2 jam.

Merujuk kepada entry aku sebelum ini, dua saiz yg aku beli ialah "Large" dan "Small". Yang saiz kecil tu, ngam-ngam je untuk dimasukkan ke pocket Babyland. Jika yg besar, terpaksa dilipat dalam 3 inci hujungnya agar sama panjang dengan yg kecil tadi. Menyesal pula beli yg besar, hehe!

Berdasarkan pengalaman aku menggunakan insert jenis hemp selama 4 bulan, aku dapati apabila hemp ini betul-betul kering di bawah matahari, ia akan keras kejung! Kesian anak-anak aku, mengangkang je bila berjalan sebab hemp tu tak boleh nak ikut contour celah kaki mereka. Bila basah sedikit nanti, barulah okay. Tapi, walaupun sudah direbus dan pre-wash, hemp insert memang keras bila kering. Masa mula-mula dapat dulu, memang lah lembut. Kenapa yer?

Sekilas lalu, inilah maklumat tentang inserts jenis hemp yg aku dapat dari internet:



A modest hemp fabric industry exists. Recent developments in processing have made it possible to soften coarse fibers to a wearable level. Characteristics of hemp fiber are its superior strength and durability, resistance to ultraviolet light and mold, comfort and good absorbency (8%).

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Hemp

Berdasarkan pemahaman aku daripada artikel tersebut, hemp digunakan untuk membuat kertas, guni, tali dan juga blok batu konkrit! Dahsyat kan..? Patut lah keras...muahahah!!

2 comments:

Ealyie said...

aah, aku pon tak suka insert hemp.. tapi terbeli Ib ai2, mmg hemp la booster dia.. kejung nyahh.. ahahaha..

Lynn Nasir said...

muahaha...sama la kita eli, dasat kan kekejungannya? better microfiber lg..