Sunday, February 28, 2010

MEMBERSIHKAN INSERT MICROFIBER

Bagaimanakah aku membersihkan insert (dan cloth diapers) anak-anak aku:

  • Cucian harian terdiri daripada 2 kali blanket cycle, full load. Paling panjang, paling penuh airnya. Cucian pertama dengan 1 penutup penuh sabun lampin. Mengapa bukan 2-3 sudu je? Mengapa banyak sangat? Sebab pertama, setiap kali basuhan, CD dan inserts yg kotor adalah lebih kurang 20 pockets dan 40 insert (dua orang anak, tukaran setiap 3 jam). Sebab kedua, mungkin faktor air. Basuhan dengan terlalu sedikit sabun memang tidak mampu membersihkan dan menyahbau lampin anak-anakku. Pernah dengar air keras? Dalam bahasa Inggerisnya, "hard water". Jadi, aku dapati jika sabun digunakan terlalu sedikit, sangatlah tidak bersih dan sangatlah hancing lampin-lampin itu semua! Try-and-error, inilah cara paling berkesan untuk aku (^o^)//
  • Aku hanya menggunakan peluntur berasaskan klorin (bleach) atau Varnish jika ingin melakukan stripping secara besar-besaran dan jika kesan kotoran kehitaman (mungkin mold) terlalu degil untuk dihilangkan menggunakan cara lain. Di dalam baldi sederhana besar, tadahkan air hingga memenuhi separuh daripada ketinggian baldi. Tuangkan 1/2 cawan pencuci lampin dan 1/4 cawan peluntur. Kacau rata dan masukkan inserts yg sudah dicuci terlebih dahulu. Kenapa aku merendam inserts yg bersih? Sebab, hanya selepas dicuci terlebih dahulu (tak perlu dikeringkan) barulah kita tahu jika ada kotoran degil atau tidak. Bancuhan ini biasanya untuk merendam lebih kurang 20 keping inserts. Bilas bersih-bersih hingga tiada bau klorin okay! Tambah kuantiti air jika perlu.
  • Jika hanya 3-4 keping inserts yg kotor, aku akan rebus selama 15 minit dengan api besar dan sejam seterusnya dengan api yg kecil. Hasilnya memang memuaskan hati. Bersih dan insert ketara lebih lembut. Pastikan juga insert telah terlebih dahulu dicuci. Selepas direbus, biarkan inserts dalam air panas hingga air tu sejuk, buang air rendaman dan cuci semula inserts macam biasa dengan CD yg lain. Tapi setakat ni tak pernah merebus pocket Babyland atau shell Grobaby :)
  • Sebulan sekali, aku mencuci semua pockets/fitteds/covers dan inserts/soakers yg kotor dengan 2 penutup penuh pembersih lampin dan 1 penutup penuh sabun cuci pinggan. Rasional menggunakan sebanyak ini sabun ialah CD yg nak aku basuh juga sgt banyak! Full load, lebih 3/4 penuh mesin basuh tu. Mengapa sabun basuh pinggan? Aku dapat tips ni dari pembacaan secara random, dan aku dah tak ingat exactly dari mana asalnya idea menggunakan sabun cuci pinggan. Tujuannya adalah untuk membersihkan kesan berminyak najis yg selalunya sangat sukar untuk dibersihkan. Tiada penipuan di sini, memang sangat bersih! Pastikan juga membilas dengan air sebanyak mungkin hingga tiada  lagi buih. Ini penting supaya anak tidak mendapat ruam lampin atau lampin menjadi tepu dengan sabun.
  • Penggunaan baking soda atau cuka makan hanya jika bau hancing/busuk masih ada walaupun kita yakin kita dah cuci bersih. Letak sedikit je, lebih kurang 2-3 sudu besar bersama sabun lampin. Biarkan mesin godak-godak air dan sabun sampai sebati, barulah masukkan CD dan inserts. Kedua-dua bahan ini menambahkan kekuatan sabun pencuci lampin tadi tapi dengan cara yg lebih 'lembut'. Namun ada juga perbincangan di forum yg mengatakan cuka boleh membuatkan getah2 yg ada pada CD terputus atau longgar! Jadi, gunakan hanya jika perlu dan tidak terlalu kerap.

Inilah sedikit-sebanyak pengalaman aku dalam donia berlampin kain moden ini. Nampak macam susah ~ sapa nak ingat semua sukatan tu?. Tapi bila dah sebulan-dua mengulangi rutin sendiri, insyaallah mudah saja. Rutin setiap ibu takkan sama. Sebab banyak faktor yg perlu diambilkira ketika kita memutuskan untuk memakaikan lampin kain kpd anak-anak kita. Cubalah semua panduan dan tips yg boleh didapati di internet ini. Kemudian buat keputusan mana yg sesuai. Janganlah putus asa okay?

4 comments:

Marsha said...

Wahh...best2...info berguna ni...thanks Lynn sbb share tips2 ni...(^_^)

Lynn Nasir said...

marsha,

iyolah dek non oii..samo-samo kasih (^o^)//

Mila_ibu najihah said...

wow...sgt padat infonya, walau tak ringkas tp mudah kufahami.
Thanks a lot lynn for this informative summary.
Just so you know, I might have done few mistakes cleaning my CD..hadoihh..correction cepat! sblm najihah yg merana.

Lynn Nasir said...

mila,

apanya yg mila dah buat? saspen je..sampai takut najihah merana plak..huhu!