Monday, October 26, 2009

Kemusykilan & Pandangan Yg Negatif

Hmmm...macam nak buat artikel keagamaan plak. Yg benonye, masih lg ttg lampin kain moden (cloth diapers). Macam ni ceritanya...

Aku rasa, dalam komuniti aku ni (kat area perumahan) anak2 aku je kot yg pakai lampin kain moden. Kalo lampin kain putih yg zaman mak-nenek kita guna dulu, maybe masih ada. Ingat fakta ni: Gopeng bukanlah bandar canggih macam Selayang Baru. Kat sini, pukul 5.59pm kedai semua pakat nak tutup. Pastu, kalo ikut pengalaman..kalu ditanya anak2 pakai lampin kain ke lampin pakai-buang? Jawapannya mesti yg pakai-buang (dgn nada bangga). Bangga mungkin sbb rasa moden sbb pakai yg org bandar beso pun pakai. Bangga mungkin ini menunjukkan arus pembangunan lampin pakai-buang juga mereka ikuti. Bangga sbb mampu. Aku dulu pun mcm tu gak. Bukan la sbb bangga sesangat sbb mampu beli mende tu, tapi lebih kepada kemudahannya. Pakai dan buang. Aku tak pernah terfikir nak search kat internet hatta pi library utk mengetahui ke mana akan perginya dan pengakhiran hayat sposie ni (sposie = lampin pakai-buang).

Sebelum bulan puasa 2009 yg lalu, ntah mcm mana aku tersesat masuk ke web wanita dari barat. Dia mengamalkan cara hidup hijau (green living). Ntah apa ke bendenye tu. Aku baca hampir kesemua entries yg dia posted. Mmg best la. Kesimpulan yg aku dapat buat ialah, kehidupan hijau ni maknanya..environment concious. Lebih kurang "hargai alam sekitar walo dlm kehidupan seharian". Salah-satu entry dia adalah ttg anak2 dia yg pakai lampin kain moden (CD). Masa tu, mmg sepatah haram aku tak dapat bayangkan mende la lampin kain moden tu. Bila tgk gambar, masih blur. Last2 aku berjaga malam tu sampai la pukul 4am. Dok baca setiap artikel ttg CD. Dari pengalaman perseorangan, kedai yg jual secara komersial, kedai ibu2 yg dok umah tapi buat gak jualan CD ni (WAHM), harga, brand.. hinggalah kpd permasalahannya. Fuh..berpinar mataku ini...aku teruskan kegilaan searching semuanya ttg CD ni sampai la berminggu-minggu. DH rasa pelik..mcm org nk buat tesis degree plak. Aku juga mahir la sket2 ttg abreviations (singkatan) yg terlibat bila berforum ttg CD ni. Tak sengaja pandai (^o^)//

Akhirnya, aku memberanikan diri utk download free CD pattern. Adalah 3-4 patterns. Aku try yg paling mudah dan paling murah kosnya. Mula2 mmg tak yakin..dah la skil menjahit level 1. Ntah apa2 la end produk nnti agaknya. CD pertama mmg kelako dan tak logik. Sbb masih di peringkat blur. Bila aku teliti CD pertama aku tu..dan aku tgk semula instruction jahitannya, barulah aku sedar tang mana yg silap. Pastu try buat yg second. Masih ada sket kesilapan, tapi wayyyy better than yg 1st one. Kegilaan membaca ttg CD masih berterusan. Kali ni up level menjadi kegilaan shopping kain & segala yg bersangkutan ngan nk buat CD ni. Ni semua bermula bila aku jenjalan kat Nagoya ngan Kamdar. Ada plak kain flannel! Ya Allah...masa tu dh mcm kerang busyuk..dok senyum sensorang sambil pilih kain. Dah la coraknye yang amat kiut...murah plak. Aku pun menggila lg..dgn mesin jahit plak. Tiba2 tau mcm mana nak operate mesin tu, tau nak tackle problemnye, tetiba expert plak menjahit. Padahal mesin tu dh nganggur sejak 2 tahun dulu. Siap jadi tukun tiruan kat bilik belakang tu, hohoho! Sanggup aku tido lambat khas utk menjahit. Fuh..tetiba aku dah ada satu tudung saji penuh dengan CD buatan sendiri. Lebih kurang 30 helai, siap ngan inserts. Aku ada letak gambo. Cari la ye, bawah tag lampin kain/cloth diapers.

Pastu aku menggila lagi. Mmg addicted btul la mende2 CD ni. Aku menjadi pembeli plak. Memula sekali aku beli CD Qbaby dari sorg akak ni. Enam keping. Investment pertama aku ngan DH sempena nak berCD ni. Bukannye apa..rasanya ni yg paling murah la. Comparing yg lain2...huk! So, baru la aku tau mcm mana rupa sebenarnya (walaupun tak canggih mcm BumGenius 3.0) pocket CD ngan dia nyer mikrofiber insert. Pastu, gian membeli datang lagi. Inspired by akak tadi gak, yg suka membeli-belah di ebay. Tapi aku advance lg. Heheh! Aku beli terus kat China nun. Import la 25 keping CD brand Babyland. Aku calculate harga yg dijual di Malaysia ni berbanding jika aku beli sendiri. Mmg la murah banyak. Tapi kena beli banyak (25 keping tuuu). Namun, DH kata, takpe. Sbb anak dua org. Ngam2 je utk pakai sehari-semalam bagi 2 org anak. Anak2 aku la..hehe! Anak2 org lain aku tak tau.

Tapi, aku tak fully CDing. Belum 100% lg. Sebabnye? Bocor la kalu wat pakai tido malam (sekitar 12 jam). Baru 4 jam pun dh bocor..abes baju/seluar/cadar. Last2 aku beli insert jenis hemp 6 keping dan satu set GroBaby Experience. Kedua2nya utk pakai tido malam. Katanya lebih penyerapan. Memang la lebih penyerapan, tapi bocor gak. Aku buh 2 lapis hemp dan selapis mikrofiber. Yg GroBaby plak aku buh soaker siap ada booster (3 lapis). Sama je. Rupa2nya..........inilah nightmare ibu2 yg dok CDing anak2 mereka. Mempunyai anak yg super-heavy-wetter. Anak2 aku jatuh kategori tu. Hai....terpaksalah pakai disposable bila tido malam sehinggalah ummi jumpa CD yg baguih. Rasanya nk try beli insert bamboo. Tapi ongkosnya nggak ada. Kena tunggu dapat bonus bulanan drpd DH. Hehehe..!

Skang ni aku tgh dok pilih kain2 yg sesuai (drdp longgokan baju2 yg dah tak mau kami pakai) utk buat prefold. Ramai yg kata 2 lapis prefold yg dipakai bersama diaper cover bleh atasi masalah bocor. Nnti aku akan update rupa prefold DIY yg aku wat. Inspirationnya dari sini.

Pernah satu hari tu, DH tried promote CD kat kengkawan nyer. Ramai yg b'minat. Tapi tunggu testimoni dr aku dulu. Ada la sorg-dua yg negative sket. Katanya payah nk basuh..laki-bini keje (takut tambah masa membasuh)..aku senang la nk CDing sbb tak keje (?). Masalahnya, CD ni bleh je dicuci selang 2hari (kalo bekalan cukup la), tak perlu rendam, tak pakai sabun banyak (sesudu dua dh cukup), jimat duit (kalo beli sposies, lepas pakai kena buang), tak menyumbang bau busuk kat dlm umah (sbb poo diflush terus dlm toilet masa cuci anak), bleh pakai hingga anak seterunya (kalo cermat la), bleh jual balik sbb ada 2nd hand value..dan paling penting, ramai parents (yg aku tau) yg CDing ni org yg bekerja. Takde rule and regulation pun yg kata CDing hanya utk org yg dok umah. Parents yg anto anak ke taska/nursery pun ramai yg bekalkan CD. Sebenarnya, kita yg buat sistem CDing ni, buat la mana yg sesuai ikut kehidupan kita seharian. Kalu tak mampu pakai yg mahal, start la dgn yg murah (contohnya prefold). Kalu malas m'basuh tiap2 hari, basuh la selang 2-3 hari. Kalu dah mmg takde inisiatif tu, cakap apa pun tak guna. Payah beno la nk deal ngan org yg takde ilmu ni..maaf ye kalo terasa.


4 comments:

mama danial and eva said...

wow hebatlah puan lynn ni, boleh jahit CD sendiri! sayangnya saya ni tak ada talent menjahit...huhuhu....tapi dahsyat sungguh anak puan kalau grobaby pun boleh bocor. setakat ni, alhamdulillah anak saya pakai grobaby 12 jam pun okay lagi...

mungkin kena cuba insert yang lebih menyerap kot. pernah cuba rumparooz 6r insert? harga dalam RM29 kat tinytapir, memang super menyerap, kalah lah insert bumgenius. hemp insert pun masih tak menang apada pandangan saya lah.

nanti sayabelajar menjahit lah..kalau pandai jahit CD sendiri, ada apa-apa saya tanya puan hihihi

Lynn Nasir said...

salam mama danial and eva (fuh...panjangnye..)

terima kaseyyy..ala..kemahiran menjahit level 1 je (tp dh upgrade skil eee...)

tu la pasal, ingatkan grobaby ok, tapi bocor gak! alahai..skang ni sy nk jahit sendiri je soaker utk night time.kalo tido siang pun..dlm 2-3jam gitu, kalo sy tak check mesti bocor gak.apatah lg utk 12 hrs. plan sy,sy nk jahit CD jenis fitted yg tebal giler. then pakaikan ngan diaper cover. mmg dh nasib sy la..anak2 super-heavy-wetter (^o^)//

nak tanye boleh je..no problem!!

Mila_ibu najihah said...

u go mommy lynn!!...hari ni sy menghabeskan masa mbaca entry2 lynn pasal CD..coz nak meningkatkan motivasi diri utk pakaikan anak CD..

Lynn Nasir said...

mila,

hahaha..dah nak jadi power rangers plak rasanya (ke go go gadgets?). ala..pengalaman yg tak seberapa ni. skang ni anak2 sy bleh dikatakan fully CDing lps dpt ilham pakaikan 2 inserts. tak sangka la..manageable.so, grobaby yg mahal tu dh lama x pakai. hehe..syg..