Sunday, April 14, 2013

THE GREAT CLOTH DIAPER CHANGE 2013



Okay la, very short entry maybe. Just nak inform bahawa GCDC is around the corner, this year kat Perak pun ada! Hehe..eksaited mak.. ^^

Pendaftaran masih dibuka kepada para ibubapa yang ada anak masih berlampin kain modern (cloth diaper). Tiada syarat umur dan ketinggian diperlukan pada tahun ini. 

Email ke reg.gcdcperak@gmail.com untuk mendaftar!

The Great Cloth Diaper Change 2013, Ipoh:

Lokasi : Padang Polo Ipoh Perak
Tarikh : 20/4/2013, Sabtu
Waktu : 8.30am - 12.00pm
Tema : Piknik & santai
Bayaran : RM30

Sebarang pertanyaan sila email ke gcdcperak2013@gmail.com


Thank you for reading up till now :D











p/s : budak kecik ni pun join sekali..hehe...


Saturday, July 30, 2011

PEMENANG MENCIPTA LOGO UMMI CREATES

Tahniah kepada Rohaida Nanyan! Tak sangka ye, paksa suami buat logo dan berbaloi! ^^


Okay, sekarang nak kena cari pembuat label pakaian pulak..hmm..kengkawan ada suggestion?

Wednesday, June 1, 2011

MEMBAIKI CLOTH DIAPER

~ cloth diaper mending.


Selain daripada menerima tempahan custom cloth diaper, aku juga menawarkan perkhidmatan membaik-pulih. Insyaallah, apa-apa sahaja kerosakan boleh dibaiki. Tapi syaratnya, aku kena tengok dulu keadaan cloth diaper tu. Sometimes, customer ni not always right. Nak hantar benda elok untuk dibaiki. Hehe..apa kes..

Jadi, janganlah tanya awal-awal berapa kos mending termasuk pos. Serius aku pun tak reti nak bagi harga. Pertamanya sebab tak pasti adakah boleh dibaiki kerosakan pada cloth diaper tu. Keduanya, aku tak pasti susah ke senang nak baikinya? Ketiga, aku tak tau berapa berat semua benda yang nak dibaiki tu selepas siap kerja. Cukup le tu.

Aku pernah kena 'paksa' untuk beritahu berapa kos baiki tu. Bila aku bagi roughly harga kos material terlibat termasuk upah, terus senyap orang yang tanya tu. Ada yang baik hati dan berlapang dada, terus hantar cloth diaper diorang. Tak kisah la berapa charge, janji baik semula barang tu. Haa..itu antara cunstomer yang always right dan aku suka layan karenah mereka ni :)

Antara mereka yang terawal menggunakan khidmat membaik pulih cloth diaper yang aku tawarkan ialah Kak Oren, Kak Siti Zufina, Kaklong Nuzula, Hanz Jamaludin, Jaja Gary, Kak Iza Maria (Crazy Mommy owner), Mummycare Liza, Zareen, em..ramai lg yg. Thanks for the biz! And more to come. Semua bag yg ada CD untuk dibaiki dah beratur kat satu ruang misteri di rumah ni..hehe..

Ganti snap button pada CD Rumpaarooz. Nampak beza kan? ^^


 Ada yg minta buang snap buttons pada insert, ganti snap button hilang pada baju anak dan CD.


Ni kes terpencil. Membetulkan 'kebesaran' soaker supaya elok terletak pada CD shell.


 Ni semua kes ganti elastik dan ada yg diganti velcro.


 Tukar velcro kepada snap button, soaker pulak dibalut dengan flannel untuk 'lay-in'.


 Ganti velcro kepada snap button, tukar tshirt kepada cloth wipe, dan perca kain kepada pantyliners.


 Tukar elastik dan velcro kepada snap button.


 Babyland CD ada ruffles! Aku punya keje..hahaha..
Perasan tak ada button kat pinggang CD? Tuan punya minta tambah supaya Babyland jadi ala AI2 ^^


Tampal suedecloth di atas microfibre insert supaya boleh dipakai as 'lay-in' soaker. Tuan punya minta ditambahkan button supaya boleh snap pada CD modified AI2 (contoh CD Babyland purple di atas).


Tukar elastik dan mending button pada seluar.


Semua tukar elastik.


Special kes. Customer provide material: sandwich PUL untuk dijadikan swimming pants dan waterproof layer pada AIO panty, fleece untuk dibalut pada microfibre insert. 
Insert itu semua di-'contour'-kan sedikit, dan kerja menampal fleece pada 3-4 lapis insert mf adalah sangat susah. Mesin semput, jarum patah dan bengkok. No more doing this. Hehe..bahaya sungguh..


 Insert asal untuk dibaiki adalah yang kehitaman tu. Tapi sebab banyak sangat area yang infected by mold, aku tak berani nak 'tampal' kain baru supaya cantik. Risau pulak kang mold tu 'makan' kain yang baru pulak.
So, tanya customer, dia agreed untuk bikin baru saja. Bukan mahal sangat pun..hehe!




Tiga keping gambar di atas adalah insert bamboo yang reput di bahagian tertentu. Apa aku buat ialah, satu aku potong dan buang bahagian yang 'terpisah' tu, lalu ku jahit semula. Lagi satu yang berlubang di badan insert tu, kubalut dengan bamboo velour pink. 


Ni semua tukar velcro kepada snap button.


Saturday, May 21, 2011

MY CREATIONS

Penat menjahit sudah mula terasa..
Sentiasa sakit pinggang..mujur bekalan panadol sekotak ada di rumah..
Oh, rupa-rupanya sudah setahun aku memulakan perniagaan secara online :)
Syukran Ya Allah..berkatilah rezeki ku ini.
Terima kasih kepada rakan-rakan yg pernah menjadi customer pertamaku..juga kepada customers yg tidak pernah ku kenali namun mempunyai kepercayaan untuk menempah dariku. Terima kasih!
Seakan sudah jauh perjalananku..penat..itu baru setahun (jagung)!

Menghela nafas seakan suatu bebanan kerana setiap nafas itu diiringi peringatan dari Allah swt bahawa aku mempunyai amanah untuk dilaksanakan..




 Onesize PUL diaper cover, lined with microfleece, bound with foldover elastic.



 I still make newborn diapers. Pick your fabric from my album, or sent me your lovely fabrics! ^^


 The love of my sewing life. 
Onesize CD with overlapping wing (orange) and side snapping Fattycakes (pink/black). Aren't they gorjes?? 
(^__^)


 I have many of this printed PUL. RM20/pc. Diaper cut size (fat quarter). Want some?


 This is made of  US cotton flannel. Butterfly printed fabric is sooo "in" now, hehehe!
They have many lovers, and this one already transformed into a diaper. Lucky baby..




This is two layers-onesize-anti pill-fleece-imported from US-diaper cover.
Diaper cover that can last till your child potty train. Use it with traditional 'lampin putih' or prefold or fitted or anything absorbent enough to soak all the pee (and poo).


 My way of doing this: two compartments wetbag for cloth pad. 
One for clean pads, and the other is for the soiled ones.
Different zippers color and the way the compartment is sewn.
Differ in size and placement of the string (we call it string ke?) also.
I'm not into making it the usual 'look'. Saja gatai..mujur tuan punya sangat approved style ni ^^


 I just love looking at this pics. I think i still got one set left. Any takers?









 One compartment wetbag for cloth pad. The fabric is PVC, also from US. Thicker than PUL. Sturdier. Cuter. Hehe.. ^^



 Trifolded cloth pad. Inspired by a customer's specification. Made of hemp fleece and cotton flannel.


 Cloth wipes. Wipe anything you want with this. Much cuter than the wet wipes (that contained chemicals and fragrances etc). Save the planet u'olls!!! :D


p/s: Buat anak-anakku (jika kalian berpeluang membaca ini satu masa nanti..), Ummi lakukan ini demi kalian berdua. Bukan mudah melakukan pengorbanan. Ini akan sentiasa dijadikan peringatan hingga Ummi menghembuskan nafas terakhir. Bersedialah dengan bebelanku..hihi!




Saturday, April 30, 2011

The Great Cloth Diaper Change 2011, Malaysia


Gambar-gambar menceritakan detik manis GCDC 2011 di Puchong, Malaysia.
23-24 April 2011.

 Mini Talk by me.
"Choosing The Right Cloth Diaper For Beginner"

 
Sesi cabutan bertuah selepas Mini Talk.


Mesti mak budak ni malu nak amik hadiah :p


Dynas pun ada tau - dia ajak aku bergambar, serius!


 Dynas ada keluaran sendiri (own brand) - nursing dresses, jubah, etc. Brand DnA.
Kalau tak silap kedai dia kat The Curve.


Pendengar boleh bertanya selepas habis sesi Mini Talk.


Bagi peserta yang menyertai event malam (salin lampin anak beramai-ramai untuk pecahkan rekod dunia), dapat goodie bag yang berisi all this yummeh stuffs! 
Antara barangannya ialah sabun cuci pakaian kanak-kanak (Baby Organix), sabun homemade (Kindersoap), cloth wipe (Mama Patch), diaper fleece liner (Little Doodlez), washable bra pads (Fabulous Mom), lip balm (Nivea), cloth pantyliner (Snowdrop), barangan spa (Sexy Spa), soapnuts (Gaia Connexion), rock salt mixture (Bella Posh), GCDC button, dan marshmallow (Marshmallow Trinkets).


Dalam goodie bag tu jugak ada pelbagai voucher. Okay, shopping time!!



Me, myself won 4 CDs. Alhamdulillah...oh lupa, menang lucky draw dan quizzes :)
Hadiah lucky draw event malam : Bamboolite fleece cover
Hadiah jawab kuiz event malam : 3 pcs (plus a wetbag) Baouncy Baby OS CD.


Hadiah jawab kuiz event siang : sabun pencuci pakaian organik (Baby Organix).


Selepas tahu meja yang disediakan kecil saja (dan kena share dua orang pulak), aku decided untuk bawa ini saja. Show and tell newborn diapers dan insert socks. Juga 9 keping Petite Liner Kiki Pad. Alhamdulillah, walaupun tak laku semuanya, masih boleh dijual lagi kemuadian hari..tak basi ^__^  ~separuh darinya dah terjual pun.


Event GCDC ni ramai supporters (sponsors). Aku salah sorangnya. Aku hanya mampu nak sediakan 5 keping flece diaper cover onesize.


 Specially designed, dengan gambar tunas pokok di belakang. Kiut kan? Hehe..
Sempena Earth Day konon-konon la..


 Tunas tu dijahit terus pada badan lampin. Kesemua preparation untuk ke GCDC disediakan less than 24 hours. Betul-betul sehari sebelum event. Bukan sengaja nak last minute, tapi hari-hari sebelum tu aku sangat jenuh menyiapkan tempahan customers..


 Luarnya sama, dalamnya berbeza..
Ramai yang order nak design yang sama sempena mengingati GCDC yg mereka tidak dapat hadiri. Hmm..akan diusahakan..


 Setiap pemenang lucky draw dapat sekeping fleece cover, 1 insert sock dan 3 keping cloth wipes dari Ummi Creates. Tahniah!

Ni yang paling best, t-shirt GCDC. Korang  takde kan? :p


Event malam started as early as 10pm untuk registration. Meriah!!








Hangat! ^^